7 PELAJAR CEMERLANG 2018 TERIMA PENGIKTIRAFAN UEM MEDAL AWARDS | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » 7 PELAJAR CEMERLANG 2018 TERIMA PENGIKTIRAFAN UEM MEDAL AWARDS

7 PELAJAR CEMERLANG 2018 TERIMA PENGIKTIRAFAN UEM MEDAL AWARDS

7 PELAJAR CEMERLANG 2018 TERIMA PENGIKTIRAFAN

UEM MEDAL AWARDS

 

#TeamUEM Sekalian,

 

Budaya kecemerlangan merupakan salah satu perkara yang diraikan oleh Yayasan UEM. Pada 16 Januari 2019, Yayasan UEM telah menganjurkan acara tahunannya iaitu Majlis Penyampaian UEM Medal Awards, sebuah inisiatif berasaskan pendidikan untuk mengiktiraf usaha serta prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh pelajar terpilih dalam bidang pengajian masing-masing.

 

UEM Medal Awards, yang kini memasuki tahun keenam penganjurannya, merupakan manifestasi kerjasama antara industri dan institusi pendidikan yang dijalinkan oleh Yayasan UEM dari semasa ke semasa. Inisiatif ini menyaksikan kerjasama Yayasan UEm dengan tujuh universiti iaitu – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

Pemenang bagi UEM Medal Awards 2018 adalah Syazwan Sharani dari UKM; Ika Amira dari UM; Khairul Faiz dari UPM; Alif Asyraf dari UTM; Zikri Zulkifli dari USM; Farhanim Fuad dari UiTM dan Hariri Hamid dari UIAM.

 

Dato’ Mohd Izani Ghani, Pengarah Eksekutif UEM Group, Aishah Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UEM, ibu bapa para penerima anugerah dan wakil setiap universiti hadir untuk menyaksikan penyampaian anugerah oleh Datuk Noorazman Abd Aziz, Pengerusi UEM Group kepada para penerimanya yang berupa wang tunai berjumlah RM5,000 dan sijil pengiktirafan.

 

Dato’ Mohd Izani Ghani, Executive Director of UEM Group, Aishah Nor, Chief Executive Officer of Yayasan UEM, proud parents as well as representatives from the universities were in hand to witnessed Datuk Noorazman Abd Aziz, Chairman of UEM Group and Yayasan UEM presenting each award winner their RM5,000 cash prize and certificate in recognition of their achievement.

 

Tarikh Input: 18/01/2019 | Kemaskini: 18/01/2019 | amirahsyahira

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXESJAr~