AERO R-PUTRA RAIH JUARA MALAYSIA ROCKET COMPETITION (MRC 2023) | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » AERO R-PUTRA RAIH JUARA MALAYSIA ROCKET COMPETITION (MRC 2023)

AERO R-PUTRA RAIH JUARA MALAYSIA ROCKET COMPETITION (MRC 2023)

PERAK, 24 Ogos – Tahniah diucapkan kepada barisan ahli AERO R-PUTRA yang telah dinobatkan sebagai juara kategori universiti bagi Malaysia Rocket Competition (MRC 2023) yang diadakan di FELCRA, Seberang Perak. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 23-24 Ogos 2023 merupakan anjuran bersama oleh UiTM-MITC High Energy Material Research Laboratory (HEMREL), Universiti Teknologi MARA serta Pusat Sains Negara. AERO R-PUTRA yang terdiri daripada 10 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa (KAA) telah mendapat khidmat nasihat dari barisan pegawai akademik KAA iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Norkhairunnisa Mazlan, Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Noorfaizal Dato’ Yidris.

Semoga kejayaan yang diperoleh dapat menggalakkan lagi penglibatan warga Fakulti dalam pertandingan yang berfokuskan sains dan teknologi sebegini, sekaligus mempertingkat nilai kelimuan dalam kalangan generasi muda dan mengharumkan nama UPM di Malaysia.

Tarikh Input: 11/09/2023 | Kemaskini: 11/09/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEbXAO~