ALPER UPM Kongsi Kepakaran Teknologi Dan Pengetahuan Perlindungan Kilat Dalam 12th Asia Pacific Conference On Lightning | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » ALPER UPM kongsi kepakaran teknologi dan pengetahuan perlindungan kilat dalam 12th Asia Pacific Conference on Lightning

ALPER UPM kongsi kepakaran teknologi dan pengetahuan perlindungan kilat dalam 12th Asia Pacific Conference on Lightning

LANGKAWI - Advanced Lightning, Power and Energy Research (ALPER), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini telah berkongsi kepakaran teknologi dan pengetahuan keselamatan kilat dalam 12th Asia Pacific Conference on Lightning (APL 2023) di Langkawi, Kedah, Malaysia.

APL 2023 telah melibatkan penyelidik dari ALPER UPM antaranya Prof Ir Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir, Prof. Madya Dr Jasronita Jasni, Prof. Madya Dr. Norhafiz Azis, Dr. Wan Fatinhamamah Wan Ahmad dan Normaziah Zulkifli.

Penyelidik ALPER UPM, Prof. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir berkata melalui perkongsian tersebut secara langsung memberi keterlihatan peranan ALPER UPM dalam penghasilan kertas dasar mengenai perlindungan kilat, yang kini dikawal-selia oleh Suruhanjaya Tenaga

“Ini adalah sejajar dengan hasrat ALPER UPM untuk menjadi hab global yang khusus untuk penyelidikan serta menjadi pemimpin dalam bidang penyelidikan kilat, kuasa dan tenaga,” katanya.

Prof. Dr. Mohd Zainal Abidin yang juga merupakan Steering Committee of the Asia Pacific Lightning berkata, persidangan ini turut mendapat sokongan dari agensi seperti Institute of Engineering and Technology (IET), Institution of Engineers Malaysia (IEM), Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), African Centre for Lightning and Electromagnetics Network (ACLENet), South Asian Lightning Network (SALNet) dan Malaysian High Voltage Network (MyHVnet).

“Penganjuran APL 2023 dilihat bertepatan pada masa dan lokasinya berdasarkan impak ketara yang disebabkan oleh kilat dari sudut keselamatan dan perlindungan kepada orang awam, harta benda dan haiwan ternakan,” katanya.

Selain itu, persidangan anjuran oleh IEEE Power and Energy Malaysia Chapter mendapat kerjasama dari pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) Malaysia bertepatan dengan peranan ST sebagai Pengawal Selia (Regulator) bagi sektor Tenaga dan Gas di Malaysia dan penguatkuasaan Arahan (Directive) Pematuhan kepada MS IEC 62305– Protection Against Lightning di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) telah dikeluarkan pada Januari 2020 dan kini menjadi keperluan undang-undang untuk semua pemasangan Sistem Perlindungan Kilat (LPS) di Malaysia.

Sementara itu, ALPER, Fakulti Kejuruteraan, UPM (sebelum ini dikenali sebagai Pusat Perlindungan Elektromagnet dan Kilat atau CELP dan Pusat Penyelidikan Kuasa dan Tenaga Lanjutan atau CAPER), ialah pusat penyelidikan yang diiktiraf di UPM dan memfokuskan R&D dan Perundingan & Perkhidmatan dalam subjek berkaitan kilat, kuasa dan tenaga. – UPM

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 27/06/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcWAE~