Serdang, 10 September – Sebuah Bengkel Pengemaskinian Pelan Kecemasan Fakulti Kejuruteraan telah dianjurkan oleh Unit Kecemerlangan Pembangunan, Fakulti Kejuruteraan (FK) pada 10 September 2024 di Makmal Komputer 4.
Seramai 33 orang staf Fakulti Kejuruteraan yang terdiri daripada barisan Penyelaras Pembangunan dan Wakil setiap Jabatan telah menghadiri bengkel ini yang bertujuan menyeragamkan pelan kecemasan bagi setiap ruang di Bangunan Pentadbiran, Akademik dan Makmal dengan mengambil kira perubahan struktur terkini di ruang tersebut.
Bengkel tersebut diketuai sepenuhnya oleh Pegawai Sains dan Jurutera dari Unit Kecemerlangan Pembangunan (UKP) merujuk kepada dua skop berikut iaitu penerangan Tatacara Pelan Kecemasan yang diberikan oleh Ts. Mohd Izhwan Muhamad selaku Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Kejuruteraan (JKKP FK) dan pengajaran Perisian AutoCAD (computer-aided design) oleh Puan Azzlia Mohd Unaini dan Puan Siti Noradhlia Mohamad Tukijan serta bantuan staf UKP sebagai fasilitator bengkel.
Barisan peserta bengkel yang fokus mengemaskini pelan kecemasan dengan bimbingan fasilitator
Kerjasama dan penyertaan dari Jabatan amat mustahak bagi merealisasikan dan memantapkan pelan kecemasan FK. Hal ini adalah penting sebagai usaha fakulti yang tidak memandang enteng aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di mana ia diambilkira dalam proses akreditasi semula semua program Bacelor Kejuruteraan oleh panel Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC) yang akan diadakan pada 23-24 Oktober 2024.
Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 03/10/2024 | nurulnadira

Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430