Civil Engineering At School : PutraWASH (Water, Sanitation & Hygiene) | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Civil Engineering at School : PutraWASH (Water, Sanitation & Hygiene)

Civil Engineering at School : PutraWASH (Water, Sanitation & Hygiene)

Oleh: Ts. Dr. Nor Azlina Alias (Jabatan Kejuruteraan Awam)

 

SERDANG, 30 Julai 2022 – Program Civil Engineering at School : PutraWASH (Water, Sanitation & Hygiene) 2022 melabuhkan tirainya di SMK Seri Garing Rawang dengan serahan fasiliti cucian tangan berintegrasi rawatan air kelabu  untuk kemudahan komuniti di sekolah dalam mengekang penyebaran wabak di kalangan pelajar sekolah.

Program Kejuruteraan Awam di Sekolah - PutraWASH (Water, Sanitation & Hygiene) yang diketuai oleh Ts. Dr. Nor Azlina binti Alias mendapat sokongan fakulti dan sumbangan dana dari beberapa organisasi untuk dijayakan di dua buah sekolah terpilih di Selangor iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Choh, Hulu Selangor dan Sekolah Menengah  Kebangsaan Seri Garing, Rawang. Program ini telah berlangsung pada 25 hingga 30 Julai 2022 yang lalu.

Program PutraWASH ini adalah satu projek binaan fasiliti cucian tangan berintegrasi rawatan air kelabu menggunakan blok IBS, dengan konsep bina sendiri (self-built). Fasiliti ini dibina oleh sekumpulan pelajar Tahun Satu dan Dua program Bacelor Kejuruteraan Awam dibawah seliaan pembantu jurutera dari Jabatan Kejuruteraan Awam; En Yazid dan En Hafizan. Ia didirikan di sekitar kawasan pintu utama sekolah bagi memastikan para pelajar berada dalam kondisi paling minima dalam menjadi agen penyebar virus. Ia pada dasarnya adalah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga kebersihan tangan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19.

 

Penggunaan IBS yang lebih mudah diselenggara

 

Keistimewaan fasiliti cucian tangan ini adalah ia diintegrasi dengan sistem rawatan air kelabu bagi memastikan air sisa telah dirawat sebelum dialirkan ke longkang berhampiran bagi membuang atau mengurangkan bahan cemar. Sistem ini terdiri daripada lapisan tanah, pasir, karbon teraktif dan kerikil. Mengambilkira aspek kelestarian alam sekitar, fasiliti ini juga dilengkapi dengan ‘Planter box’ untuk tumbuhan bersesuaian hidup  dengan penjagaan yang minima. 

 

Fasiliti cucian tangan dilengkapi dengan sistem rawatan air kelabu di SMK Seri Garing yang mengambil masa selama tiga hari

 

Kumpulan pelajar yang terlibat dalam Program PutraWASH 2022

 

Secara kesuluruhannya, Program PutraWASH ini diharap dapat membantu dalam langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangka panjang untuk meningkatkan kesihatan serta bertindak balas terhadap kecemasan global dan wabak penyakit yang mengancam nyawa. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada komuniti sekolah dalam mengawal penyebaran virus juga memberi kesedaran tentang keperluan mencuci tangan dengan betul.

Tarikh Input: 26/08/2022 | Kemaskini: 26/08/2022 | norliyana_karim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdQA0~