ENGINEERING PROGRAM INTEGRATED CARNIVAL 7.0 (EPIC 7.0) | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » ENGINEERING PROGRAM INTEGRATED CARNIVAL 7.0 (EPIC 7.0)

ENGINEERING PROGRAM INTEGRATED CARNIVAL 7.0 (EPIC 7.0)

ENGINEERING PROGRAM INTEGRATED CARNIVAL 7.0 (EPIC 7.0)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 10 DISEMBER 2022 - Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan (PEMAJU) Sesi 2022/ 2023 dengan kerjasama kelab-kelab pelajar Fakulti Kejuruteraan, Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Bahagian Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Kejuruteraan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program karnival berimpak tinggi iaitu Engineering Program Integrated Carnival 7. 0’ atau dikenali sebagai EPIC 7.0.

  

Ahli jawatankuasa EPIC 7.0 bersama Penasihat PEMAJU

     

Pelajar Fakulti Kejuruteraan semasa Majis Penutupan EPIC 7.0

Program ini berlangsung secara dalam talian dan fizikal bermula pada 10 Disember 2022 (Sabtu) hingga 8 Januari 2023 (Ahad) di Fakulti Kejuruteraan dan Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia. Hampir 1500 pelajar Universiti Putra Malaysia terutamanya dari Fakulti Kejuruteraan dari lapan jabatan yang berbeza telah melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai program di bawah karnival yang dianjurkan. Selain itu, hampir 150 ahli jawatankuasa program yang diketuai oleh Saudara Ahmad Nubli bin Zainal Abidin (207989), Presiden PEMAJU 2022/ 2023 merangkap pengarah bagi EPIC 7.0 telah terlibat secara langsung dalam menjayakan karnival EPIC 7.0.

    

Majlis Tertinggi dan Exco PEMAJU sesi 2022/2023 yang telah menjadi tunjang utama EPIC 7.0

 

Ucapan Pengarah EPIC 7.0 semasa Majlis Penutupan EPIC 7.0

Program EPIC merupakan salah satu program tahunan utama PEMAJU. Ia turut membawa maksud bahawa EPIC 7.0 pada sesi kali ini adalah program EPIC kali ke-7 yang pernah dianjurkan oleh pihak PEMAJU. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua pelajar Fakulti Kejuruteraan dan UPM dan sekaligus dapat membina pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Di samping itu, para pelajar Fakulti Kejuruteraan dapat menyerlahkan bakat masing-masing dalam pelbagai bidang. Antara pengisian ‘EPIC 7.0’ adalah termasuk aktiviti sukan seperti bola sepak, futsal, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, explorace dan sukan secara dalam talian seperti Valorant dan Mobile Legend. Program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti keusahawanan dengan adanya pembukaan gerai jualan dalam kalangan pelajar fakulti kejuruteraan dan juga peniaga luar. Program yang berunsurkan akademik turut dijalankan seperti forum IEM Talk dan Ceramah Kaunseling: FK Terus Bangkit. EPIC pada kali ini membawa konsep "bersaing antara jabatan", namun persaingan yang pihak penganjur tetapkan adalah persaingan secara sihat antara satu sama lain.

 

HEBAHAN POSTER EPIC 7.0

 

  

Hebahan poster utama EPIC 7.0

 

 

Hebahan poster Sukan EPIC 7.0   

 

 

Hebahan poster Gerai Jualan EPIC 7.0

 

Hebahan poster pertandingan Explorace EPIC 7.0

 

Hebahan poster KejutXCinematic iaitu pertandingan video cinematic Fakulti Kejuruteraan

 

Hebahan poster Engineers in the Kitchen (EIK) EPIC 7.0

 

Hebahan poster ceramah FK Terus Bangkit EPIC 7.0 yang bertemakan “Online ke Fizikal”

Poster hebahan IEM Talk dan Majlis Perasmian Penutupan EPIC 7.0

Lampiran poster-poster di bahagian ini merupakan poster yang diguna pakai ketika aktiviti mempromosikan program dilakukan. Antara medium yang diguna pakai adalah seperti instragram @pemajuupm, kumpulan whatsapp kelab jabatan, email pelajar dan kakitangan fakulti, serta laman web Fakulti Kejuruteraan .

BOLA SEPAK

          

Pertandingan bola sepak yang dianjurkan adalah berkonsepkan ‘liga’ di mana, ianya disertai oleh 8 pasukan. Setiap pasukan yang hadir adalah  mereka yang mewakili jabatan masing-masing yang terdapat di Fakulti Kejuruteraan. Antara pasukan bola sepak dari kelab jabatan adalah seperti pasukan dari jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Mekanikal Pembuatan dan lain-lain. Perlawanan bola sepak ini dianjurkan di Padang Bola Sepak Kolej Sepuluh. Perlawanan separuh akhir dan akhir dihadiri oleh pengadil profesional bagi mewujudkan realistik program tersebut serta memeriahkan lagi pertandingan.

 

BOLA JARING

 

Semua sukan di bawah EPIC 7.0, berkonsepkan lawan antara jabatan. Gambar-gambar di atas menunjukkan pertandingan bola jarring yang dilangsungkan di gelanggang bola jarring di Kolej Sepuluh.

BOLA KERANJANG

  

Perlawanan bola keranjang adalah berkonsepkan 3 vs 3 dan mixed. Perlawanan ini dianjurkan di gelanggang bola keranjang Kolej Sepuluh . Gelanggang yang diguna pakai hanyalah separuh sahaja bagi keranan peraturan yang diguna pakai adalaha peraturan separuh gelanggang.

BOLA TAMPAR

  

Perlawanan bola tampar yang diadakan adalah terbuka kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan bagi memberi peluang dan memaksimumkan penyertaan dalam kalangan pelajar dalam sukan bola tampar.

FUTSAL      

  

Perlawanan futsal telah mencuri tumpuan kerana sebanyak 2 pasukan dari setiap jabatan telah dipilih untuk mewakili jabatan masing-masing. Perlawanan ini telah berlangsung selama 4 hari bermula 3 hingga 6 Januari 2023.

 

VALORANT & MOBILE LEGEND

 

Pertandingan E-Games iaity Valorant dan Mobile Legend telah diadakan di mana setiap jabatan perlu menghantar satu pasukan. Dua pertandingan ini telah diadakan secara dalam talian selama seminggu. Untuk peringkat akhir Mobile Legend, ia telah diadakan secara fizikal di Thinker Space 2.0 Fakulti Kejuteraan, UPM. Gambar di atas adalah pasukan dari kelab jatana M2EC yang merupakan salah satu pasukan yang telah berjaya memasuki pusingan akhir Mobile Legend EPIC 7.0.

 

FK TERUS BANGKIT

       

FK Terus Bangkit adalah program secara dalam talian yang telah diadakan pada 7 Januari 2023 secara langsung di Youtube Pemajufk. Program pada kali ini bertemakan “Online ke Fizikal” yang telah diberi ceramah oleh Saudara Muhammad Idzharuddin iaitu Sekretariat Fakulti, MPP UPM 2021/2023.  

 

EXPLORACE

    

Pertandingan Explorace telah diadakan pada 7 Januari 2023 yang telah melibatkan para pelajar dari 8 kelab jabatan. Sebanyak 8 checkpoint yang diwakili dan diuruskan oleh 8 kelab jabatan dan seramai 20 peserta dari setiap jabatan telah memasuki pertandingan ini. Pertandingan Explorace ini diadakan di Fakulti Kejuruteraan yang mana keseluruhan fakulti telah digunakan sebagai checkpoint untuk setiap pertandingan yang diadakan. 

 

ENGINEERS IN THE KITCHEN

     

Engineers in the Kitchen atau dikenali sebagai EIK telah menjadi salah satu aktiviti pertandingan memasak antara kelab jabatan yang mana setiap jabatan perlu menghantar 2 wakil. Pertandingan ini telah diadakan sebanyak 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Di dalam pertandingan ini, para peserta telah diarahkan untuk menyediakan 2 menu iaitu menu utama dan menu sampingan atau pencuci mulut. 

KEJUT X CINEMATIC

  

KejutXCinematic merupakan pertandingan secara dalam talian di mana peserta perlu menghasilkan video kreatif dan “cinematic” yang bertemakan suasana di Fakulti Kejuruteraan. Pertandingan ini secara tidak langsung telah mencungkil bakat pelajar Fakulti Kejuteraan dalam menghasilkan video yang memberi impak yang cukup hebat kepada para penonton.

GERAI JUALAN

  

Gerai Jualan EPIC 7.0 telah didkan selama 4 hari iaitu 4-7 Januari di Foyer Fakulti Kejuruteraan. Gerai jualan yang dibuka terdiri daripada gerai dari 8 kelab jabatan, gerai PEMAJU dan gerai “vendor” luar. Gerai jualan ini telah berjaya menarik minat para pelajar untuk aktif dalam bidang keusahawanan serta menarik minat seluruh warga Fakulti Kejurteraan termasuk pensyarEPICah dan kakitangan untuk turut membeli di gerai jualan ini.

 

IEM TALK & MAJLIS PENUTUPAN PERASMIAN

 

IEM Talk merupakan program ceramah berkaitan kejuruteraan yang telah diberikan oleh Ir. Ricky Liew Chee Leong. Ceramah ini telah berlangsung selama satu jam setengah. Selain itu, majlis diteruskan dengan Majlis Penutupan EPIC 7.0 untuk pemberian hadiah kepada para pemenang sepanjang EPIC 7.0 berlangsung. Pelbagai hadiah menarik diberikan kepada semua pemenang termasuk hadiah hamper, wang tunai, pingat dan piala pusingan. Pemenang keseluruhan EPIC 7.0 ini telah dimenangi oleh jabatan M2EC iaitu Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.

Tarikh Input: 03/07/2023 | Kemaskini: 03/07/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEdCAE~