Graduan Phd Jabatan Kejuruteraan Awam Menang Anugerah Tesis Terbaik | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Graduan Phd Jabatan Kejuruteraan Awam Menang Anugerah Tesis Terbaik

Graduan Phd Jabatan Kejuruteraan Awam Menang Anugerah Tesis Terbaik


Graduan Phd Jabatan Kejuruteraan Awam Menang Anugerah Tesis Terbaik IPT Peringkat Kebangsaan Kategori Siswazah Doktor Falsafah (Phd) Sempena Hari Air Sedunia 2016.

Dr. Aida Tayebiyan, pelajar PhD bergraduat dari bidang pengajian Pengurusan Sumber Air, Jabatan Kejuruteraan Awam dibawah penyeliaan Prof. Dr. Thamer Ahmed Mohamed telah memenangi Pingat Emas bagi Anugerah Tesis Terbaik IPT peringkat Kebangsaan -Siswazah Doktor Falsafah (PhD) Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2016.

Dengan tesis bertajuk ‘Optimizing of Hydropower Reservoir System Using Genetic Algorithm for Various Climatic Scenarios’, Dr.Aida Tayebiyan telah menerima sijil, plak  dan wang tunai berjumlah RM 5000. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya yang mana berlangsung pada 24 Mac 2016 lepas.
 
Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada graduan yang telah memperkasakan kajian dalam bidang hidrologi dan sumber air. Anugerah ini diwujudkan sempena ulangtahun Hari Air Sedunia peringkat kebangsaan setiap tahun dan tema Hari Air Sedunia tahun 2016 yang dipilih oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ialah ‘ Water and Jobs’.


Tarikh Input: | Kemaskini: | farahidayu

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
C1571661938