KEMERIAHAN SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI UPM 2023 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » KEMERIAHAN SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI UPM 2023

KEMERIAHAN SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI UPM 2023

SERDANG, 10 Mei – Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri UPM 2023 telah diadakan secara serentak seperti tahun 2022 di mana semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) menyambut dan menyediakan juadah hari raya pada tarikh sama yang telah ditetapkan oleh Jawatankuas Pengurusan UPM iaitu pada 10 Mei 2023 bersamaan 19 Syawal 1444 Hijrah. Pada tahun ini, sambutan telah dilakukan secara gabungan antara PTJ mengikut kluster. Kluster C yang terdiri daripada gabungan Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina serta Institut Nanosains dan Nanoteknologi telah membuat persiapan hidangan, gerai makanan dan acara bagi menjalinkan ukhuwah dan silaturrahim antara warga UPM.

 

Majlis dimulakan dengan Bicara Minda: Kerja Dengan Hati oleh Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Kemudian, majlis menerima kunjungan dari YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM dan Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di mana mereka turut berpeluang melawat gerai-gerai makanan serta berinteraksi dengan warga Kluster C.  Acara tambahan yang dilaksanakan bagi membangkitkan kemeriahan majlis adalah Gerai Terbaik dan Pakaian Terbaik di mana penjurian dilakukan oleh Ketua PTJ Kluster C yang diwakili oleh Prof. Ir. Dr. Wan Azlina Wan Abdul Karim Ghani (Fakulti Kejuruteraan), Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan (Fakulti Rekabentuk dan Senibina) serta Prof. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid (Institut Nanosains dan Nanoteknologi).

Senarai Gerai Juadah Raya adalah seperti berikut:

  1. House of Rendang: Daging, Itik Salai dan Ayam (Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian & Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan)
  2. Cendol (Jabatan Kejuruteraan Awam & Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan)
  3. Rojak Mee & Buahan Tempatan (Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa & Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan)
  4. Nasi Impit, Kuah Kacang & Kuah Lodeh (Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik & Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan)
  5. Ais Krim (Fakulti Rekabentuk dan Senibina)
  6. Kuih Muih & Pencuci Mulut: Kek & Pastry (Fakulti Rekabentuk dan Senibina)
  7. Soto (Fakulti Rekabentuk dan Senibina)
  8. Sandwich beraneka jenis (Pejabat Timbalan Dekan, Fakulti Kejuruteraan)
  9. Lemang (Pejabat Dekan, Unit Pembangunan dan Penyelenggarann, Kelab Sukan dan Sosial, Fakulti Kejuruteraan)
  10. Air Minuman: Kopi Tarik, Teh O, Ribena & Yogurt Strawberi (Institut Nanosains dan Nanoteknologi)

Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa, Ahli Jemputan yang hadir dan semua warga Fakulti Kejuruteraan yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga komitmen dan kerjasama berpasukan ini dapat diteruskan untuk kecemerlangan penyampaian perkhidmatan serta menjadi bukti perpaduan seluruh warga UPM.

Tarikh Input: 07/09/2023 | Kemaskini: 21/09/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcCA0~