LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DI FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BAGI TAHUN 2023 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DI FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BAGI TAHUN 2023

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DI FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BAGI TAHUN 2023

SERDANG, 3 Ogos – Fakulti Kejuruteraan (FK) telah mengadakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) dengan kerjasama Unit Bantu Mula (UBM), UPM di Bangunan Fasa 2A. Latihan ini dilaksanakan dengan tujuan memberi latihan kepada Pasukan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Team (ERT) sebagai first responder serta melatih staf dan pengguna Fakulti Kejuruteraan dalam mematuhi arahan semasa menghadapi sebarang kes kecemasan.

Latihan dimulakan dengan insiden kebakaran bersama kepulan asap di Bengkel Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi (KKK), Blok C2.1 dan disusuli dengan bunyi sistem penggera keselamatan. Pasukan ERT FK bertindak dengan kadar segera dalam melakukan pengungsian bangunan dan operasi menyelamat mangsa.

Kejadian yang bermula pada 9.02 pagi berjaya ditamatkan pada 9.20 pagi. Pasukan ERT FK telah bekerjasama dengan pihak UBM dan Pusat Kesihatan UPM dalam mengosongkan bangunan, menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan dan renjatan elektrik, mematikan punca elektrik serta memadamkan punca kebakaran.

Latihan juga disusuli dengan sesi taklimat mengenai hasil latihan kebakaran yang dilaksanakan oleh Encik Hasmi Sulaiman, Pegawai Unit Bantu Mula. Pihak UBM memuji tindakan pantas Anggota Pasukan ERT dalam menguruskan latihan kebakaran dan berharap agar tindakan pasukan dapat ditambah baik dalam latihan akan datang. Tahniah buat Pasukan ERT FK!

Semua staf dan pengguna Bangunan Pentadbiran Fasa 2A, Fakulti Kejuruteraan berkumpul di Assembly Point semasa latihan kebakaran (Fire Drill) dijalankan

Mangsa yang cedera sedang diberi rawatan awal oleh First Aider Pasukan ERT FK

Anggota Unit Bantu Mula (UBM) UPM sedang melaksanakan operasi pemadaman api 

Encik Hasmi Sulaiman dari Unit Bantu Mula memberi taklimat kepada Pasukan ERT FK selepas latihan kebakaran (Fire Drill) diadakan

Anggota ERT FK bergambar bersama pihak Unit Bantu Mula selepas latihan kebakaran (Fire Drill)

Tarikh Input: 07/08/2023 | Kemaskini: 07/08/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcCAF~