Serdang, 10 September – Latihan Penulisan Minit Mesyuarat telah dianjurkan oleh Unit Latihan, Fakulti Kejuruteraan (FK) pada 10 September 2024 di Dewan Seminar, FK.
Seramai 25 orang staf Fakulti Kejuruteraan yang terdiri daripada barisan kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik), Pegawai Eksekutif (Gred PE5 - PE3) dan Pelaksana (Setiausaha, Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi, Pembantu Operasi) telah menyertai latihan ini yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan memperkasakan kemahiran menulis minit mesyuarat dalam kalangan peserta yang membuat minit mesyuarat dalam kerjayanya.

Fasilitator Latihan, Puan Lailawati Bakar sedang memberi maklum balas kepada pertanyaan peserta
Latihan tersebut diterajui sepenuhnya oleh Puan Lailawati Bakar (Timbalan Pendaftar FK) yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam penulisan minit mesyuarat berdasarkan penempatan/skop tugas yang pernah disandang oleh beliau iaitu Setiausaha Mesyuarat Senat Universiti Putra Malaysia, Setiausaha Mesyuarat Jemaah Dekan Universiti Putra Malaysia dan sebagainya.
Barisan peserta latihan sedang memberi perhatian kepada contoh serta gaya bahasa penulisan minit mesyuarat dengan bimbingan fasilitator
Peserta telah didedahkan dengan empat skop kursus iaitu Pengenalan Asas, Ringkasan, Teori dan Latihan Penulisan Minit Mesyuarat. Mereka turut mempelajari tanggungjawab urusetia mesyuarat, carta perbatuan pengurusan mesyuarat, pengurusan dokumen mesyuarat, kepentingan minit mesyuarat dan sebagainya.
Menerusi latihan ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan (mengetahui dan memahami keperluan dan penulisan minit yang berstruktur dan berkualiti), memperkasa kemahiran (mempraktikkan format yang sesuai dan penggunaan gaya Bahasa dan struktur ayat yang sesuai) serta meningkatkan keyakinan dalam pengambilan dan penghasilan minit mesyuarat yang lebih cekap dan berkesan.
Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 03/10/2024 | puteriamirah

Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430