LAWATAN DARIPADA WARGA SEKOLAH SERI SEREMBAN, NILAI. | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » LAWATAN DARIPADA WARGA SEKOLAH SERI SEREMBAN, NILAI.

LAWATAN DARIPADA WARGA SEKOLAH SERI SEREMBAN, NILAI.

Buat julung kalinya setelah wabak Covid-19 melanda negara, hari ini, 9 Februari 2023, Fakulti Kejuruteraan UPM telah menerima kedatangan tetamu cilik iaitu satu lawatan daripada warga Sekolah Seri Seremban, Nilai.

Murid sekolah seramai 135 orang dan 16 orang guru telah hadir dan disambut oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Wan Azlina Wan Abdul Karim Ghani, Timbalan Dekan (Akademik), Fakulti Kejuruteraan bersama-sama ahli pengurusan dan warga fakulti.

Murid dan guru telah menyertai pelbagai aktiviti inovasi kejuruteraan yang diadakan iaitu taklimat fakulti, aktiviti demonstrasi robotik, flying drone dan lawatan ke Hybrid Agrivoltaic System Showcase (HAVs) yang dikendalikan oleh pensyarah dan pelajar Fakulti Kejuruteraan.

Selain itu, lawatan ini turut menerima sumbangan ais krim daripada Proville Tech Sdn. Bhd. dan cenderamata daripada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pejabat Dekan kepada murid dan guru-guru.

Link gambar | https://photos.app.goo.gl/nf9Lu4ShAHdmYEkt6 



















Tarikh Input: 13/02/2023 | Kemaskini: 13/02/2023 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEXWAW~