LAWATAN PENANDAAARASAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH DELEGASI DARI FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI KE FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » LAWATAN PENANDAAARASAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH DELEGASI DARI FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI KE FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LAWATAN PENANDAAARASAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH DELEGASI DARI FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI KE FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Fakulti Kejuruteraan (FK) telah menerima kunjungan Delegasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) seramai 20 orang sebagai Lawatan Penandaarasan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 21 Julai 2023.

Lawatan dimulakan dengan sambutan mesra kedatangan Delegasi FBMK yang diketuai oleh Puan Saliza Mustafa oleh Jawatankuasa EKSA FK. Bermula dengan Taklimat Pelaksanaan EKSA di Fakulti Kejuruteraan oleh Puan Lailawati Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa EKSA FK, program diteruskan dengan lawatan ke beberapa lokasi strategik di Fakulti Kejuruteraan.

Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, proses dan hasil pembudayaan amalan EKSA di Fakulti Kejuruteraan serta memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas kepada delegasi dalam pelaksaaan EKSA. Lawatan ini juga dapat membuka ruang kepada pertukaran idea serta memberi inspirasi kepada delegasi dalam menjalankan pelaksanaan EKSA dengan menggunakan kos yang rendah dan berfokuskan kepada semangat kerjasama.

Semoga lawatan ini berhasil dalam memberikan manfaat dan semangat dalam usaha memantapkan pengamalan dan pembudayaan EKSA dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmoni di organisasi masing-masing.

 

a

Tarikh Input: 27/07/2023 | Kemaskini: 27/07/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEdCA0~