Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS2018) yang bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur diadakan dari 23 November hingga 2 Disember 2018. Program anjuran Malaysian Automotive Association (MAA) yang diadakan hanya lima tahun sekali merupakan platform terbaik bagi syarikat-syarikat automotive dan industri untuk memperkenalkan produk terbaru mereka kepada orang awam. Putra Motorsport Team (PMT) telah dijemput dari pihak penganjur untuk membawa kereta lumba terbaru mereka iaitu Lekir ke pameran tersebut.
PMT mengambil peluang keemasan ini untuk memperkenalkan bidang motorsport dalam kalangan pelajar kepada orang awam. Mereka juga berpeluang untuk bertukar tukar pendapat dan menerima nasihat serta bimbingan daripada jurutera dan mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang automoti. Peluang, pengalaman dan pengetahuan ini tidak dapat diperolehi di dalam kelas. Terdapat 13 orang pelajar yang terlibat dalam program ini iaitu:
Turut hadir adalah Ketua Pengarah PMT iaitu Dr. Khairil Anas Md Rezali dan encik Mohd Hafizul Hashim semasa pameran berlangsung.
Lekir yang diberi nama pahlawan Melayu ini dibina sepenuhnya oleh 13 orang pelajar dalam tempoh masa tiga bulan sahaja. Lekir telah mewakili Universiti Putra Malaysia yang juga wakil tunggal dari Malaysia ke Student Formula Japan 2018. Berat kereta formula ini merupakan 250kg dan menggunakan enjin Suzuki GSX-R600.
Booth PMT telah dikunjungi oleh YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan, dan YB Datuk Aishah Ahmad, Presiden MAA. Mereka berharap agar UPM terus bergiat aktif dalam bidang penyelidikan dan pembangunan automotif supaya dapat membangunkan teknologi dan industri automotif di Malaysia.
Link:
https://www.facebook.com/klims.com.my/
https://www.facebook.com/PMTUPM
Tarikh Input: 07/12/2018 | Kemaskini: 07/12/2018 | no.j
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430