MAJLIS PELANCARAN INTEGRATED AGRIVOLTAIC EDU-TRAIL DAN PRODUK MYSHROOMFEED | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN INTEGRATED AGRIVOLTAIC EDU-TRAIL DAN PRODUK MYSHROOMFEED

MAJLIS PELANCARAN INTEGRATED AGRIVOLTAIC EDU-TRAIL DAN PRODUK MYSHROOMFEED

PUCHONG, 4 Julai – Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan teknologi system solar Integrated Agrivoltaic Edu-Trail dan produk Myshroomfeed hasil kerjasama strategik dengan Putra Science Park (PSP), syarikat AgroPV Integrated Sdn. Bhd dan Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE). 

Ciptaan ini adalah kesinambungan daripada kejayaan Penyelidik UPM dalam mendapatkan The Malaysia Book of Records bagi The Largest Herbal Agrivoltaic for Natural Cooling Mechanism pada Mei 2022. Konsep yang diketengahkan oleh Penyelidik UPM dalam mencipta Integrated Agrivoltaic Edu-Trail adalah sinergi antara tenaga solar dan aktiviti pertanian. Penyelidik UPM juga telah berjaya memperkenalkan dedak cendawan sebagai makanan alternatif haiwan ternakan yang dipanggil sebagai Myshroomfeed. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Tuan Chan Foong Hin yang hadir bagi merasmikan majlis ini berkata, usaha inovasi berterusan seperti MyShroomFeed akan membantu menyelesaikan keresahan para penternak di Malaysia serta mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber import. Beliau juga berharap penglibatan berterusan dari pihak UPM dapat terus dilakukan dalam mencakna solusi bagi pelbagai isu terkini pertanian antaranya keperluan alternatif bagi bekalan dedak ternakan, keterjaminan bekanan telur dan daging, serta ketandusan tanah pertanian. 

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berharap penghasilan MyShroomFeed yang sedang diusahakan oleh penyelidik UPM akan membantu mengurangkan kebergantungan import jagung bijirin serta bahan utama protein disamping mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Ketua Projek, Ir. Dr. Mohammad Effendy Ya’acob berkata hampas akar cendawan tiram dan bongkahnya adalah sangat efektif kerana nilai nutrisi terutama Crude Protein (CP) yang tinggi dan tempoh tuaian cendawan yang singkat berbanding jagung bijirin yang memerlukan sekitar 120 hari tempoh penanaman.

Majlis berakhir dengan sesi lawatan ke tarikan-tarikan utama yang ada di Ladang Solar UPM iaitu Mushroom Tunnel, Sheep Sanctuary, Poultry Open Farming: ducks and chickens, MD2 Pineapple plots, Rabbit farming, Lemongrass fencing/Fencing Crops dan juga Hanging crops.

 

Tarikh Input: 10/07/2023 | Kemaskini: 10/07/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcBAG~