MAJLIS PENYERAHAN & PERASMIAN PROJEK ROOFTOP SOLAR PV UPM DAN SESI MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) DENGAN HAMPSHIRE AUTOMOTIVE SDN. BHD | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » MAJLIS PENYERAHAN & PERASMIAN PROJEK ROOFTOP SOLAR PV UPM DAN SESI MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) DENGAN HAMPSHIRE AUTOMOTIVE SDN. BHD

MAJLIS PENYERAHAN & PERASMIAN PROJEK ROOFTOP SOLAR PV UPM DAN SESI MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) DENGAN HAMPSHIRE AUTOMOTIVE SDN. BHD

Serdang, 20 November – Fakulti Kejuruteraan, UPM telah berjaya melaksanakan Majlis Penyerahan & Perasmian Projek Rooftop Solar PV UPM dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Hampshire Automotive Sdn. Bhd. bertempat di Auditorium Jurutera Radin Umar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) serta dihadiri oleh rakan industri seperti Sustainable Energy Development Authority (SEDA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Hampshire Automotive Sdn. Bhd. (HASB), GSPARX Sdn. Bhd. dan A. S. Engineering Sdn. Bhd.

  

Tujuan majlis ini dilaksanakan adalah untuk menyerahkan dan merasmikan projek pemasangan sistem solar berkapasiti 16.18MWp di 12 lokasi sekitar UPM oleh pihak TNB kepada UPM serta meterai memorandum persefahaman antara UPM dan HASB bagi menandakan kolaborasi strategik kedua-dua entiti tersebut  dalam bidang kenderaan elektrik (EV) dan battery energy storage system (BESS). Kolaborasi ini adalah penting bagi menyokong dasar peralihan tenaga negara dan usaha negara mencapai hasrat 45% pengurangan GHG (gas rumah hijau) pada tahun 2030, seterusnya ke arah pelepasan sifar bersih (net zero emissions) menjelang tahun 2050.

UPM telah menjalinkan kerjasama strategik dengan TNB melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) dengan projek pemasangan sistem solar PV. Melalui Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE), GSPARX telah memasang sistem solar di 12 tapak merangkumi pelbagai bangunan termasuk masjid, bumbung parkir serta projek solar terapung iaitu “SURIA Floating & Walkway @ Eng UPM” yang turut dirasmikan dalam majlis tersebut bagi tujuan penyelidikan berimpak tinggi dan pembangunan modal insan, sekali gus menjadikan ia projek solar terbesar di Universiti Awam (UA) dan di Malaysia.

 

Projek yang dikenali sebagai SURIA16 itu telah digerakkan oleh Jawatankuasa Kerja SURIA (Solar for University's Research and Investment Accelerations). Penghasilan SURIA Floating & Walkway @ Eng UPM iaitu projek solar terapung Hidroponik-Aquavoltaic Bersepadu Berskala Besar merangkap Eko-Pelancongan serta dikenali sebagai Large Scale Integrated Hydroponic-Aquavoltaic Systems (IHAS) cum Eco-Tourism yang ditempatkan di Fakulti Kejuruteraan mempunyai kapasiti 312.12 kWp. Ia seiring dengan hala tuju universiti menerusi Pelan Strategik UPM 2021-2025 yang menekankan elemen kelestarian penyelidikan dan inovasi serta pengukuhan jaringan industri dan masyarakat.

Kerjasama UPM bersama HASB mampu meletakkan UPM sebagai pemain utama bagi penyelidikan kenderaan elektrik (EV) dan battery energy storage system (BESS) di Malaysia berdasarkan sasaran penggunaan EV yang dijangka akan meningkat secara drastik beberapa tahun akan datang kerana potensinya untuk mengurangkan pelepasan GHG dan menjadi lebih mesra alam.

Pengarah Hampshire Automotive Sdn. Bhd. (Hasb), Encik Hisham Abdul Hamid dan Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah menandatangani perjanjian kolaborasi penyelidikan elektrik sambil disaksikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad; Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM, Profesor Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin; dan Pengasas HASB, Mr Joe Lim Hun Beng. Majlis juga diteruskan dengan Sesi Interaksi Strategik YB Nik Nazmi Nik Ahmad bersama pelajar UPM bagi perkongsian umum.

 

 

 

Tarikh Input: 28/11/2023 | Kemaskini: 28/11/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcDAy~