MAJLIS SYARAHAN INAUGURAL YBHG. PROF. IR. DR. CHIN NYUK LING | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » MAJLIS SYARAHAN INAUGURAL YBHG. PROF. IR. DR. CHIN NYUK LING

MAJLIS SYARAHAN INAUGURAL YBHG. PROF. IR. DR. CHIN NYUK LING

Serdang, 17 Mac – Fakulti Kejuruteraan, UPM mengadakan Majlis Syarahan Inaugural yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Chin Nyuk Ling dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar bertajuk “Engineering Food via Aeration & Authentication for Quality, Health & Sustainability” bertempat di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.

Syarahan Inaugural ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM diiringi oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor serta barisan pegawai kanan UPM. Majlis ini juga dilaksanakan secara hibrid yang dipancarkan secara langsung melalui Facebook UPM dan Facebook Fakulti Kejuruteraan serta dihadiri secara fizikal oleh seramai 200 penonton untuk mengimarahkan majlis gemilang ini.

Majlis Syarahan Inaugural merupakan majlis yang dilaksanakan khas untuk pegawai akademik yang telah dilantik ke jawatan Profesor. Majlis ini memberi peluang kepada profesor untuk menyampaikan syarahan berkaitan hasil kerja dan kajian yang telah dihasilkan kepada tetamu jemputan yang terdiri daripada warga universiti (khususnya jemputan fakulti) dan orang-orang luar yang berkaitan.

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Ir. Dr. Chin Nyuk Ling dan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam persiapan serta pelaksanaan majlis syarahan ini.

Tarikh Input: 05/09/2023 | Kemaskini: 05/09/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEdAAQ~