Serdang, 7 Oktober 2022 - Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kemasukan para pelajar baharu yang dipilih untuk mengikuti program Bacelor Kejuruteraan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis Minggu Perkasa Putra di peringkat fakulti diadakan di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan bagi meraikan kedatangan para pelajar baharu.
Seramai 399 pelajar baharu program bacelor yang terdiri daripada 361 pelajar tempatan dan 38 pelajar antarabangsa mendaftar bagi sesi akademik 2022/2023 di Fakulti Kejuruteraan. Seramai 10 pelajar mobiliti turut mendaftar di Fakulti Kejuruteraan pada hari ini.
Selamat datang buat semua pelajar baharu Sesi 2022/2023 dan pelajar mobiliti ke Fakulti Kejuruteraan, UPM.
Tarikh Input: 14/10/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | ahmadadib
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430