MINGGU PERKASA PUTRA PELAJAR BAHARU SESI 2025/2026 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » MINGGU PERKASA PUTRA PELAJAR BAHARU SESI 2025/2026

MINGGU PERKASA PUTRA PELAJAR BAHARU SESI 2025/2026

Serdang, 8 Oktober 2025 - Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia telah menyambut ketibaan seramai 494 pelajar baharu bagi Sesi Akademik 2025/2026, yang terdiri daripada 463 pelajar tempatan dan 31 pelajar antarabangsa. Majlis sempena Minggu Perkasa Putra peringkat fakulti telah berlangsung di Auditorium Jurutera Radin Umar bermula jam 8.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan pergerakan masuk pelajar dan nyanyian lagu Negaraku serta Putra Gemilang, diikuti bacaan doa oleh Saudara Muhammad Aqil Aiman. Seterusnya, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir, menyampaikan ucapan alu-aluan dan memperkenalkan barisan pengurusan fakulti. Majlis diteruskan lagi dengan, taklimat akademik disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Raizal Saifulnaz Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Beliau menyentuh aspek mengenai etika pelajar, sistem OBE, penilaian serta pengurusan akademik.

Pelajar turut diberi taklimat keselamatan oleh Ts. Mohd Izhwan Muhamad, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti Kejuruteraan. Taklimat ini bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan keselamatan mengenai langkah-langkah
keselamatan dan pencegahan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangka semasa berada di makmal mahupun dalam kawasan fakulti. Taklimat terakhir pula disampaikan oleh saudara Muhammad Hakimi Presiden Majlis Perwakilan Fakulti Kejuruteraan (PEMAJU). Beliau memperkenalkan barisan barisan jawatankuasa (PEMAJU), kelab-kelab jabatan fakulti dan juga aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan.

Sesi pendaftaran pelajar baharu dan soal jawab dikendalikan oleh Puan Cik Nora Abdullah sebelum rehat tengah hari. Program disambung pada sebelah petang dengan sesi bersama jabatan masing-masing. Majlis ini menjadi platform awal membentuk jati diri serta semangat kecemerlangan dalam kalangan pelajar baharu.

 

 

Tarikh Input: 13/10/2025 | Kemaskini: 13/10/2025 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
X, (09:58:27pm-10:03:27pm, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]