Mohd Salahuddin Pemenang 3MT 2014 Di Fakulti Kejuruteraan | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Mohd Salahuddin pemenang 3MT 2014 di Fakulti Kejuruteraan

Mohd Salahuddin pemenang 3MT 2014 di Fakulti Kejuruteraan

Serdang, Jun 2014 : Pelajar siswazah daripada Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa muncul juara dalam pertandingan 3 Minute Thesis Competition (3MT) 2014 yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan baru-baru ini. Pertandingan tersebut yang terbuka kepada semua pelajar siswazah menyaksikan Mohd Salahuddin Mohd Basri tampil juara dengan tajuk tesisnya Risk Husk Ash Based Geopolymer Coating di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Faizal Mustapha.

Sementara itu, ditempat kedua adalah  Ramin Shamshiri daripada Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian dengan tajuk tesisnya Adaptive Analysis Framework for Controlled Environment Production of Tomato dan tempat ketiga dimenangi oleh Elias Randjbaran daripada Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa dengan tesisnya bertajuk Effects of Layer Stacking Sequence on Residual Compressive Strength for Hybrid Composite Plates. 

Para juri yang mengadili pertandingan ini adalah terdiri daripada Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah serta para Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan. Ketiga-tiga pemenang akan mewakili Fakulti ke 3MT di peringkat Universiti yang dijadualkan pada bulan Ogos hingga September yang akan datang.

3MT yang diasaskan dan diadakan pertama kalinya di Australia memberi ilham kepada Universiti di Malaysia untuk membuka peluang kepada para siswazah membentangkan tesis dalam masa yang singkat dan dalam masa yang sama mampu mencabar kemahiran mereka dalam persediaan viva. Secara tidak langsung peserta juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan tindak balas pantas serta boleh dipraktikkan semasa sesi temuduga dan lain-lain situasi.


SERTA 
Kesemua peserta bergambar bersama juri Pertandingan 3MT peringkat Fakulti Kejuruteraan, UPM 

EA
 Tempat ketiga, Elias Randjbaran

RAMIN
Tempat kedua, Ramin Shamshiri.


Juara, Mohd Salahuddin Mohd Basri


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEXRAA~