MoU UPM-Kuasa Rail Engineering Sdn Bhd (KRESB) Dimenterai! | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » MoU UPM-Kuasa Rail Engineering Sdn Bhd (KRESB) dimenterai!

MoU UPM-Kuasa Rail Engineering Sdn Bhd (KRESB) dimenterai!

Serdang, 14 Sept 2022- Bertempat di Pejabat Dekan, Level 7, Blok Pentadbiran, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, satu Momerandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan Kuasa Rail Engineering Sdn Bhd dimenterai pada jam 10:00 pagi tadi.

KUASA RAIL ENGINEERING SDN. BHD. (KRESB) adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang berfokus kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih dan pembekalan rolling stock dan peralatan kereta api. KRESB terlibat secara langsung dalam perkhidmatan pembuatan dan perdagangan alat ganti, komponen dan bahan mentah kereta api. KRESB amat komited dalam menghasilkan produk inovatif dan memberi perkhidmatan cekap pada tahap kualiti yang terbaik dalam industri kereta api.

 Encik R. Subramaniam A/L S. Ramasamy Ayer (depan, kiri) dan Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar B. Mohd Ariffin (depan, kanan) sedang menurunkan tandatangan MoU sambil disaksikan oleh Encik Saifullah Bin Faujan dan Prof Madya Dr. Zulkifille Leman.

MoU ini ditandatangani oleh Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor UPM, dan disaksikan oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar B. Mohd Ariffin, Dekan, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Dari KRESB pula, Encik R. Subramaniam A/L S. Ramasamy Ayer selaku Pengarah, menurunkan tandatangan MoU ini dan disaksikan oleh Encik Saifullah bin Faujan.

Giliran Encik Saifullah Bin Faujan (depan, kiri) dan Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar B. Mohd Ariffin (depan, kanan) menurunkan tandatangan MoU sambil disaksikan oleh  Encik R. Subramaniam A/L S. Ramasamy Ayer dan Prof Madya Dr. Zulkifille Leman

Majlis ini turut dihadiri oleh pihak UPM iaitu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Prof. Madya. Dr. Zulkiflle Leman, Dr Mohd Hafis Sulaiman, Cik Normalina Jamaluddin dan Cik Sindhu Budati . Seramai lima wakil syarikat KRESB iaitu  Encik R. Subramaniam A/L S. Ramasamy Ayer, Encik Thanaraj raja manikam, Encik Saifullah bin Faujan Encik Muhd Azim Ikhwan Bin Zainal dan Encik Salman.

Tetamu yang hadir menyaksikan majlis. Dari kiri (Encik Muhd Azim Ikhwan Bin Zainal, Encik Thanaraj raja Manikam, Encik Saifullah bin Faujan,  Encik R. Subramaniam A/L S. Ramasamy Ayer, Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar B. Mohd Ariffin ,Prof. Madya. Dr. Zulkiflle Leman, Dr. Mohd Hafis Sulaiman dan Cik Sindhu Budati)

Satu perbincangan berkenaan projek kerjasama penyelidikan telah dijalankan pada 11 Oktober 2021 di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (JKMP), Fakulti Kejuruteraan UPM. Perbicangan ini melibatkan pertukaran kepakaran dan perbincangan dua hala untuk menjalankan projek kerjasama penyelidikan bagi menghasilkan bahan sistem komponen brek kereta api. Seramai tiga staf dari JKMP dan tiga staf dari KRESB telah hadir untuk perbincangan tersebut. Semasa pertukaran idea dan kepakaran antara dua pihak berlangsung, pihak KRESB berminat untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan jangka panjang yang lebih mendalam dalam penerokaan, pembuatan dan penghasilan bahan pembrekan terbiodegradasi bagi sistem kompenen brek kereta api bersama UPM. Pihak KRESB telah memilih Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia sebagai peneraju utama aktiviti MoU ini.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sebelum MoU ini ditandatangani adalah perbincangan dua hala berkenaan pertukaran kepakaran (3 staf UPM dan 3 staf KRESB) melalui kerjasama penyelidikan jangka panjang untuk menghasilkan bahan sistem komponen brek kereta api yang tahan lama dan lebih efisien. Selain daripada itu, Bahan terbiodegradasi untuk sistem brek yang telah berjaya dihasilkan dan diuji oleh penyelidik UPM, Prof. Madya Dr. Zulkiflle bin Leman, akan digunakan sebagai rujukan awal untuk mencari formula bahan terbiodegradasi yang lebih sesuai terhadap sistem brek kereta api dan bahan brek yang akan dibangunkan tersebut perlu memenuhi spesifikasi dan piawaian ujian yang ditetapkan oleh Kereta Api Tanah Melayu (KTMB). Prof. Madya Dr. Azmah Hanim bin Mohamed Aliff turut mencadangkan ujian awal “reverse engineering” dan analisa ciri-ciri bahan terhadap bahan sistem brek kereta api sedia ada dibuat terlebih dahulu. Bahan ujikaji awal ini merupakan bahan sistem brek yang sedang digunapakai pada kereta api dan telah memenuhi piawaian Kereta Api Tanah Melayu (KTMB). Bahan tersebut telah dihantar kepada pensyarah untuk ujikaji awal. Contoh ujikaji awal adalah seperti menyiasat dan memahami kesan-kesan geseran terhadap ciri-ciri mekanikal dan kehausan ke atas bahan brek kereta api tersedia secara komersial tersebut.

Oleh yang demikian, kedua dua pihak telah bersetuju untuk mengadakan memorandum persefahaman melalui program pertukaran kepakaran pelajar, fakulti  dan kakitangan, kajian penyelidikan bersama bagi membangunkan ahan brek kereta api, permohonan dana geran penyelidikan bersama (“Matching Grant”), pemilikan paten bersama atau mana-mana bidang kerjasama lain yang akan dipersetujui bersama oleh Pihak-Pihak terlibat. 

Semoga dengan Memorandum Persefahaman yang dimenterai selama 5 tahun bermula 14 September 2022 memberi manfaat bukan sahaja kepada kedua dua pihak pihak dalam bidang lokomotif tetapi impak kepada kualiti kehidupan masyarakat secara amnya. 

 

Tarikh Input: 14/09/2022 | Kemaskini: 14/09/2022 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXETOAp~