Muhammad Ariff Mubarak Menang UEM Medal Excellence In Engineering | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Muhammad Ariff Mubarak menang UEM Medal Excellence in Engineering

Muhammad Ariff Mubarak menang UEM Medal Excellence in Engineering


uem2
Muhammad Ariff (tiga dari kanan) bergambar bersama Dekan dan Pengarah Urusan Kumpulan UEM


14 Dis - Seorang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, En. Muhammad Ariff Mubarak bin Kamal Baharin telah berjaya merangkul anugerah “UEM Medal Excellence in Engineering” baru-baru ini. Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UEM itu diadakan di Mercu UEM, KL Sentral. Anugerah tersebut disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UEM.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato' Izzaddin Idris,  Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UEM, Dekan,  Prof. Madya Dr. Hashim Hizam,Timbalan Dekan Pengajian Prasiswazah, Prof. Madya Ir. Dr. Nawal Aswan Abd. Jalil, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, dan Dr. Fazirulhisyam Hashim, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar Alumni.

Muhammad Ariff yang ditemani oleh kedua ibu dan bapanya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5000.00 berserta sijil.


Tarikh Input: | Kemaskini: | farahidayu

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDcTAx~