Pameran IENA International Trade Fair | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Pameran iENA International Trade Fair

Pameran iENA International Trade Fair

Jerman, 31 Oktober - Syabas dan tahniah diucapkan kepada Penyelidik Fakulti Kejuruteraan atas anugerah yang berjaya dirangkul dalam Pameran iENA International Trade Fair yang telah berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober 2023 di Exhibition Center Nuremberg, Jerman iaitu:

 

  • Madya Dr. Fauzan Mohd Jakarni dari Jabatan Kejuruteraan Awam yang telah memenangi Pingat Emas bagi Waste Cooking Oil Granulate (WCOG)
  • Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar yang telah memenangi Pingat Emas dan Anugerah Inovasi bagi inovasi QarboGrow - Photosynthesis Enhancement & Carbon Capture for Resilient Agriculture dari Digital Innovation Centre of Excellence, Morocco

 

Pameran iENA adalah merupakan salah satu daripada pameran dan pertandingan terbesar di dunia. Ianya merupakan salah satu platform pasaran profesional untuk idea dan ciptaan yang memberikan peluang kepada penyelidik untuk menonjolkan hasil penyelidikan dan inovasi kepada pemain industri, serta menggalakkan pembangunan teknologi dan penyelidikan yang mampan.

 

Penyertaan seperti ini bertujuan memberi perkhidmatan dan sokongan kepada penyelidik Malaysia berkaitan dengan inovasi dan rekacipta dalam bidang penyelidikan dan teknologi terbaharu. Penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan dan juga Universiti Putra Malaysia sentiasa menyertai iENA pada setiap tahun bagi mempamerkan kemajuan dan inovasi terkini dalam pelbagai bidang teknologi. Ia juga menjadi titik pertemuan bagi pakar termasuk penyelidik, pencipta dan usahawan, serta pakar industri untuk mempersembahkan produk dan penyelesaian termaju merentas pelbagai sektor.

Tarikh Input: 07/11/2023 | Kemaskini: 07/11/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcPAO~