PAMERAN PROJEK TAHUN AKHIR (FYP EXHIBITION DAY) 2022 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » PAMERAN PROJEK TAHUN AKHIR (FYP EXHIBITION DAY) 2022

PAMERAN PROJEK TAHUN AKHIR (FYP EXHIBITION DAY) 2022

Serdang, 28 Julai 2022 - Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Pameran Projek Pelajar Tahun Akhir (FYP Exhibition Day) 2022 pada 26 - 28 Julai 2022 di Fakulti Kejuruteraan, UPM.

 

Program ini merupakan acara tahunan yang diadakan untuk mempamerkan hasil kerja pelajar tahun akhir Bacelor Kejuruteraan UPM kepada panel penilai jemputan daripada industri atau Alumni. Sebanyak 81 orang panel penilai terlibat untuk menilai projek tahun akhir pelajar.

 

Bagi memeriahkan lagi sepanjang tiga hari program berlangsung, diadakan ceramah CEO Talk oleh CEO Aerodyne Group, Tuan Kamarul A Muhamed (Founder & CEO Aerodyne Group) bertajuk Mindshaping for the future: Defining purpose and driving change key to successful career dan Taklimat Program Kursus Sijil Kemahiran Industrial Internet of Things (IIOT) oleh Ts. Muhammad Didi Hendra Shah bin Norharashid, Presiden Malaysia Industry Forward Association (MIFA).

 

Pada tahun ini, sebanyak 433 projek daripada 31 bidang dipertandingkan. Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Projek Terbaik Pelajar Tahun Akhir 2022 diadakan bagi mengumumkan dan meraikan pemenang projek terbaik. Para pemenang menerima medal berserta sijil.

 

TAHNIAH kepada semua Pemenang Projek Terbaik Pelajar Tahun Akhir bagi Sesi 2021/2022.

Link gambar acara | https://drive.google.com/drive/folders/1RSqfo_-wrPIk5k-RPXwYNH807AWC2Agd?usp=sharing







Tarikh Input: 02/08/2022 | Kemaskini: 02/08/2022 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEUJA7~