Pasukan UPM Ke Peringkat Akhir | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Pasukan UPM ke peringkat akhir

Pasukan UPM ke peringkat akhir

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Putra Road Safety Squad (PRoSS) yang dibarisi oleh para pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Putra Malaysia dikelolai oleh Dr Hafiz Rashidi serta pasukan ELRITZ yang dibarisi oleh para pelajar Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia dikelolai oleh Prof. Madya Dr. Samsul Bahari

Pasukan tersebut telah disenaraipendek untuk ke peringkat akhir pertandingan #Shellselamatsampai Varsity Challenge (#SSSVC) 2019 dan telah dijemput untuk menghadiri perbentangan peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 14 dan 15 September 2019 di MITEC Kuala Lumpur bersempena dengan Festival #mydigitalmaker.

 

Syabas dan semoga berjaya diucapkan kepada pasukan yang bakal mengharumkan nama UPM di persada Malaysia dan dunia. 

Tarikh Input: 03/09/2019 | Kemaskini: 03/09/2019 | amirahsyahira

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
C1573624363