Pelajar Fakulti Kejuruteraan Rangkul Anugerah 'Best Architectural Design' | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Pelajar Fakulti Kejuruteraan Rangkul Anugerah 'Best Architectural Design'

Pelajar Fakulti Kejuruteraan Rangkul Anugerah 'Best Architectural Design'

SERDANG - Lima pelajar tahun akhir Bacelor Kejuruteraan (Awam), Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi anugerah khas 'Best Architectural Design' pada pertandingan ‘Structural Earthquake Stability 3.0’ di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sungai Long, 18 Februari lalu.

Kumpulan pelajar itu - Mohammad Fikrie, Muhammad Najmi, Mohammad Muzakkir, Nur Rabiatul Adawiyah dan Nurul ‘Ain menerima wang tunai RM400, sijil penyertaan dan sijil penghargaan.  

Ini adalah kali kedua pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam UPM menyertai pertandingan itu. Mereka dibimbing pensyarah jabatan itu, Dr. Izian Abd Karim dan Dr. Nabilah Abu Bakar.

  

Pertandingan anjuran UTAR, Institute of Engineers Malaysia (IEM) dan Institution of Civil Engineers (ICE) itu adalah kali ketiga diadakan. Ia bertujuan menggalakkan pelajar menimba pengalaman praktikal kejuruteraan gempa bumi apabila pelajar terbabit merekabentuk dan membina model struktur bangunan berskala kecil yang efektif dalam merintangi beban gempa.

Sebanyak 24 kumpulan pelajar dari pelbagai insititusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara menyertai pertandingan itu.

Dr. Izian berkata penglibatan pelajar dalam pertandingan itu bukan hanya satu platform untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam kelas tetapi juga merupakan sebagai saluran untuk menggalakkan pendekatan inovatif dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan kejuruteraan untuk merekabentuk struktur tahan gempa bumi yang berkesan.

Beliau berharap kejayaan itu akan menjadi dorongan kepada semua pelajar untuk lebih maju, tatkala Jabatan Kejuruteraan Awam UPM terus komited dalam menghasilkan pelajar yang inovatif, kreatif dan berdaya saing. - UPM

Tarikh Input: 30/03/2017 | Kemaskini: 30/03/2017 | khairulazman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
B1566334761