PELAJAR UPM MENANG HADIAH UTAMA BAGI PERTANDINGAN HONEYWELL STEM FOR SUSTAINABILITY 2023 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » PELAJAR UPM MENANG HADIAH UTAMA BAGI PERTANDINGAN HONEYWELL STEM FOR SUSTAINABILITY 2023

PELAJAR UPM MENANG HADIAH UTAMA BAGI PERTANDINGAN HONEYWELL STEM FOR SUSTAINABILITY 2023

PELAJAR UPM MENANG HADIAH UTAMA BAGI PERTANDINGAN HONEYWELL STEM FOR SUSTAINABILITY 2023

Universiti Malaya, 2.00 petang - Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inno Crusaders dari Fakulti Kejuruteraan, UPM yang telah dinobatkan sebagai pemenang utama PERTANDINGAN HONEYWELL STEM FOR SUSTAINABILITY 2023 dengan membawa pulang hadiah wang bernilai RM 5,000. Pasukan menggabungkan pelajar dari tiga disiplin kejuruteraan iaitu Muhammad Zulhafizi bin Muhamad Zuraidi (Kejuruteraan Awam) sebagai ketua kumpulan, Ahmad Qayyum Fikri bin Ahmad Jazimin (Kejuruteraan Komputer dan Komunikasi), Siti Hana Alisa binti Harun (Kejuruteraan Kimia), Aishah Adlina binti Ghozi (Kejuruteraan Kimia) dan Nur Nadhirah binti Shaipulizan (Kejuruteraan Kimia), dan Prof. Madya Dr Badronnisa Yusuf (Kejuruteraan Awam) sebagai penyelia. Pelajar ini juga turut ditawarkan untuk menjadi Honeywell Ambassador di masa hadapan.

Pertandingan ini adalah kolaborasi antara Universiti Malaya dan Honeywell International Sdn Bhd, yang telah disertai oleh 5 buah universiti penyelidikan dan 4 buah universiti teknikal. Bersempena pertandingan ini, Inno Crusaders telah memperkenalkan Integrated Catch-Rain Terrace System (i-Cat) yang melibatkan 4 tingkat pembangunan di kawasan berbukit (Rainwater Catchment Park, Water Treatment System, Agricultural Site dan Residential Area) yang juga dilengkapi alat pengesan keselamatan automatik (Soil Moisture Sensor, Ultrasonic dan Vibration Sensor). Projek ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para juri dan Encik Yeong Chuang Lim (Presiden Honeywell Malaysia dan Singapore).

Semoga kejayaan yang diperoleh dapat menggalakkan lagi penglibatan pelajar-pelajar lain dalam pertandingan sebegini, sekaligus mengharumkan nama UPM di Malaysia.

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 28/06/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcSAn~