Serdang, 30 Julai – Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Engineering Graduate Research Colloquium 2026 (EGRC 2026) bertempat di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan.
Program ini merupakan platform akademik yang menghimpunkan pelajar siswazah, penyelidik dan ahli akademik bagi mengetengahkan hasil penyelidikan inovatif, berkongsi idea, bertukar pandangan serta mengeratkan jaringan dan kerjasama dalam bidang kejuruteraan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran dua orang penceramah jemputan khas, iaitu Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar (Naib Canselor dan Presiden Universiti Antarabangsa Albukhary) dan En. Azhar Kassim Mustapha (Ketua Pegawai Eksekutif Nervesis Sdn. Bhd. (ZYGY)). Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada kedua-dua penceramah jemputan telah memberikan perspektif serta inspirasi yang amat bermakna kepada para peserta, khususnya dalam memperkasa penyelidikan, inovasi dan pembangunan kerjaya dalam bidang kejuruteraan.
Program ini turut melibatkan pelbagai program Master Secara Kerja Kursus (MSKK) di Fakulti Kejuruteraan, antaranya:
EGRC 2026 bukan sekadar medan untuk berkongsi hasil penyelidikan, malah menjadi ruang untuk mencetuskan idea baharu, membina jaringan akademik dan membuka peluang kerjasama penyelidikan dalam kalangan komuniti kejuruteraan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan EGRC 2026.
Menyelidik • Berkongsi • Berinovasi • Berkolaborasi
Tarikh Input: 31/07/2026 | Kemaskini: 31/07/2026 | nurulnadira

Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430