Pensyarah UPM Dianugerah SAE Subir Chowdhury Medal Of Quality Leadership | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Pensyarah UPM dianugerah SAE Subir Chowdhury Medal of Quality Leadership

Pensyarah UPM dianugerah SAE Subir Chowdhury Medal of Quality Leadership

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
mohdzu/fadli@dagangnews.com (emel:mohdzu/fadli@dagangnews. com)

SERDANG 15 April - Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM}, Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit menerima "SAE Subir Chowdhury Medal of Quality Leadership" daripada Society of Automotive Engineers International (SAE International} baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan semasa konferensi tahunan SAE WCX Experience di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat (AS} pada 5 hingga 7 April 2022.

Pingat itu disampaikan oleh Presiden SAE International, Dr. Sri Srinath and Dr Subir Chowdhury sendiri, yang juga merupakan Pengerusi dan CEO ASI Consulting Group LLC Michigan.

Selain itu, penganugerahan SAE Subir Chowdhury Medal of Quality Leadership dianugerahkan kepada individu iaitu ahli akademik atau industri yang mempunyai kebolehan yang diiktiraf serta menyumbangkan kemahiran untuk mencapai matlamat untuk memajukan dan mempromosikan prinsip dan penerapan kualiti dalam profesion Kejuruteraan Mobiliti.

Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan adalah penerima pertama anugerah ini dari luar Amerika Syarikat.

Anugerah ini adalah bagi mengiktiraf beliau kerana sumbangan yang luar biasa dalam bidang penyelidikan bahan komposit dan memberikan impak dalam industri kejuruteraan mobiliti.

 

Penerima anugerah terdahulu terdiri daripada pakar dalam bidang automotif daripada syarikat dan universiti terkemuka di AS seperti General Motors, Dynax Corp., Caterpillar Inc., JD Power and Associates dan University of Maryland.

Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan berkata, beliau melahirkan kesyukuran atas penerimaan pingat tersebut.

 

"Saya tidak menyangka mendapat pengiktirafan sebegini oleh pihak SAE International dan ini membuktikan bahawa kepakaran pensyarah UPM dan rakyat Malaysia diterima pada peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau berharap penerimaan pingat itu sedikit sebanyak membantu menaikkan imej UPM dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

 

Sebelum ini, beliau pernah menerima "Outstanding Technical Paper Award" pada tahun 2017 daripada Society of Automotive Engineers International Malaysia (SAE International Malaysia) dan merupakan Fellow SAE yang pertama dari Malaysia yang dilantik pada tahun 2015. - DagangNews.com (dagangnews.com)

Sumber:https://dagangnews.com/pensyarah-upm-dianugerah-sae-subir-chowdhury-medal-quality-leadership-14741

Tarikh Input: 18/04/2022 | Kemaskini: 20/04/2022 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdEAn~