Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit Dianugerahkan INTROP Distinguished Researcher Award 2019 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit dianugerahkan INTROP Distinguished Researcher Award 2019

Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit dianugerahkan INTROP Distinguished Researcher Award 2019

UPM, 13 Mac 2019 - Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit, Professor di  Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, UPM  telah dilantik sebagai Penasihat Penyelidikan, Laboratori Teknologi Biokomposit (BIOCOMPOSITE), INTROP. Beliau telah  dianugerahkan INTROP Distinguished Researcher Award 2019 oleh Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan ( INTROP) pada hari ini. Pengikhtirafan ini dianuaerahkan kepada ahli elit institut yang menunjukkan prestasi cemerlang , menerima pengikhtirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan menyumbang secara berkesan kepada pembangunan penyelidikan  perkayuan tropika dan fiber. Anugerah disampaikan kepada Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit sempena INTROP Innovation Open Day 2019 bertempat di Dewan OSH, UPM.

Fakulti Kejuruteraan mengucapkan sekalung tahniah atas kejayaan demi kejayaan pada 2019 yang dirangkul oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit. Sesungguhnya beliau merupakan inspirasi kejayaan yang membanggakan warga Fakulti Kejuruteraan dan Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 20/03/2019 | Kemaskini: 20/03/2019 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXETGAz~