Prof. Ir. Dr Mohd Sapuan Salit Menang Anugerah Lagi! | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Prof. Ir. Dr Mohd Sapuan Salit Menang Anugerah Lagi!

Prof. Ir. Dr Mohd Sapuan Salit Menang Anugerah Lagi!

Gambar 1: Foto ketika Prof Ir. Dr Mohd Sapuan Salit menyampaikan ucap tama sebagai Tetamu Terhormat.

 

Jumaat, 29 Disember 2017. Sebelum tahun 2017 melabuhkan tirainya, pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Prof. Ir. Dr Mohd Sapuan Salit dianugerahkan Endeavor Research Promotion Award yang disampaikan semasa  Silver Jubilee celebration of Institute of Electrical and Electronic Engineers (IEEE), Uttar Pradesh (UP) Section, India. Anugerah ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr Danish Ather dari College of Computing Sciences and Information Technology, Teerthanker Mahaveer University, Moradabad, UP, India.

Majlis penyampaian anugerah telah diadakan sempena Sixth International Conference on System Modelling and Advancement in Research Trends, , (SMART 2017) yang dianjurkan oleh College of Computing Sciences and Information Technology, Teerthanker Mahaveer University, Moradabad, UP, Indiadari 29 hingga 30 Disember 2017 di Moradabad. Dalam persidangan ini Profesor Mohd Sapuan telah dijemput sebagai Tetamu Kehormat dan menyampaikan ucap tama yang menekankan kepada peserta tentang kepentingan penerbitan berimpak tinggi dan kesan penyelidikan terhadap masyarakat.

Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia berbangga dengan pencapaian berterusan daripada Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit bagi mencapai visi menjadi universiti bereputasi antarabangsa.

       

Gambar 2: Sijil Penganugerahan                                        Gambar 3: Trofi yang diterima bersama Sijil Penganugerahan.

 

 

Tarikh Input: 03/01/2018 | Kemaskini: 04/01/2018 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEaEAQ~