Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit Mengungguli Frontier Researcher Di MRSA 2025 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit Mengungguli Frontier Researcher di MRSA 2025

Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit Mengungguli Frontier Researcher di MRSA 2025

Serdang, 14 Februari – Tahniah diucapkan kepada Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit atas kejayaan mengungguli anugerah kategori Frontier Researcher yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bersempena Malaysia’s Research Star Award (MRSA 2025) di Hotel Marriott Putrajaya pada 13 Februari 2025.

Pemberian anugerah kepada penyelidik dan jurnal penyelidikan tempatan adalah sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka dalam menghasilkan penerbitan berkualiti yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit@ Sinon berkata, penerima anugerah ini dipilih berdasarkan pencapaian penerbitan makalah jurnal yang diindeks dalam pangkalan data Web of Sciences, Clarivate, Amerika Syarikat. Beliau berhasrat untuk terus menulis dan menerbitkan makalah jurnal yang diindeks dalam pangkalan data Web of Sciences dalam kategori SCIE quartile Q1 agar dapat memberi manfaat kepada penyelidik lain. 

 

Selain daripada Prof. Sapuan, terdapat lima lagi penyelidik UPM yang berjaya meraih anugerah dalam majlis gemilang tersebut iaitu Prof. Dr. Amin Ismail dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan bagi kategori Outstanding Research in Phytochemicals manakala Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen dari Fakulti Sains serta Prof. Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian memenangi kategori Researcher Cluster.

Sementara itu, Anugerah Jurnal CRÈME diterima oleh Prof. Dr. Tan Chin Ping dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan melalui kajian beliau yang diterbitkan dalam International Food Research Journal.

Semoga pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat kepada para penyelidik Fakulti Kejuruteraan untuk terus melangkah maju bagi perkembangan ilmu pengetahuan serta peningkatan reputasi penyelidik dan institusi.

Tarikh Input: 18/02/2025 | Kemaskini: 18/02/2025 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
W, (05:31:41am-05:36:41am, 21 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]