Sepang, 30 Jun 2020 - Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit, Professor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, UPM telah menerima anugerah Penceramah Cemerlang daripada Jabatan Polimer, Institut Kemahiran Tnggi Belia Negara Sepang, Malaysia. Anugerah ini adalah sempena 1st International Conference on Multidisiplinary Science and Advance Technologies (ICMSAT) 2020 anjuran bersama dengan Department of Nanotechnology, Mahatma Gandhi University, Wuhan University, Federal University of Rio de Jenairo, Brazil yang berlangsung bermula 29 Jun 2020.
Prof Sapuan menyampaikan ceramah bertajuk Natural Fibres, Biopolymers and Biocomposite: Development, Characterization and Applications. Konferens ini diadakan secara atas talian dan menarik ramai peserta dari seluruh dunia seperti Mesir, Portugal, Jordan, china, India, Singapore, Brazil and Malaysia. Beliau merupakan salah seorang daripada ucaptama yang memenangi anugerah tersebut dalam kategori ucaptama.
Kehadiran Covid-19 tidak menghalang untuk Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit untuk terus cemerlang dalam bidang penyelidikan dan cepat beradaptasi demi kecemerlangan UPM di peringkat dunia.
Tarikh Input: 01/07/2020 | Kemaskini: 02/07/2020 | no.j
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430