PROFESOR MOHD SAPUAN MENERIMA ANUGERAH “OUTSTANDING CONTRIBUTION AWARD” DARIPADA INTERNATIONAL SOCIETY OF BIONIC ENGINEERING | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » PROFESOR MOHD SAPUAN MENERIMA ANUGERAH “OUTSTANDING CONTRIBUTION AWARD” DARIPADA INTERNATIONAL SOCIETY OF BIONIC ENGINEERING

PROFESOR MOHD SAPUAN MENERIMA ANUGERAH “OUTSTANDING CONTRIBUTION AWARD” DARIPADA INTERNATIONAL SOCIETY OF BIONIC ENGINEERING

SERDANG, 16 Disember 2022 – Profesor Ir Dr Mohd Sapuan Salit, profesor dan Ketua Pusat Penyelidikan Bahan Kejuruteraan dan Komposit Termaju (AEMC), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia telah menerima anugerah Outstanding Contribution Award daripada International Society of Bionic Engineering (ISBE), yang berpangkalan di Jilin University, Changchun, China sebagai penghargaan ke atas sumbangan beliau yang cemerlang dalam bidang kejuruteraan bionik. ISBE adalah sebuah persatuan profesional yang memupuk pertukaran maklumat mengenai penyelidikan, pembangunan dan aplikasi kejuruteraan bionik.

Profesor Mohd Sapuan menerima hadiah wang tunai sebanyak ï¿¥30,000 RMB (RM 19,991) dan sebuah plak sijil kayu. Anugerah ini telah dimaklumkan kepada beliau oleh Kordinator Program Sekretariat ISBE, saudari Ximei Tian dan telah terbitkan dalam laman web ISBE. Sijil tersebut telah ditanda tangani oleh Presiden ISBE, Dr Thomas Stegmaier dari German bertarikh 16 Disember 2022.



International Bionic Engineering Award disampaikan oleh ISBE semasa Konferensi tiga tahunannya bagi memberi penghormatan kepada ahli persatuan yang telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam bidang kejuruteraan bionik, dalam tiga kategori iaitu Outstanding Contribution Award, Outstanding Youth Award dan Outstanding Student Award.

Outstanding Contribution Award diberikan kepada dua orang pemenang, di mana setiap seorang, menerima wang tunai berjumlah ï¿¥30,000 RMB (RM 19,991). Walau bagaimanapun, majlis penyampaian anugerah tidak dapat diadakan pada tahun ini di China disebabkan pandemik Covid-19. Selain beliau, pada tahun ini, pemenang lain adalah Profesor Zhendong Dai dari Nanjing University of Aeronautics and Astronautics (NUAU), China.






Tarikh Input: 16/12/2022 | Kemaskini: 16/12/2022 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEaUAW~