PROFESSOR MOHD SAPUAN SALIT PENERIMA PERTAMA DARI MALAYSIA ANUGERAH WILLIAM JOHNSON INTERNATIONAL GOLD MEDAL | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » PROFESSOR MOHD SAPUAN SALIT PENERIMA PERTAMA DARI MALAYSIA ANUGERAH WILLIAM JOHNSON INTERNATIONAL GOLD MEDAL

PROFESSOR MOHD SAPUAN SALIT PENERIMA PERTAMA DARI MALAYSIA ANUGERAH WILLIAM JOHNSON INTERNATIONAL GOLD MEDAL

Bangi, Selangor - 13 September 2023: Professor Mohd Sapuan Salit penerima pertama dari Malaysia anugerah William Johnson International Gold Medal

Professor Mohd Sapuan Salit, seorang profesor dalam bidang bahan komposit dan Ketua Pusat Penyelidikan Bahan Kejuruteraan dan Komposit Termaju, Universiti Putra Malaysia telah dianugerahkan the William Johnson International Gold Medal semasa di persidangan the Advances of Materials Processing Technologies Conference (AMPT 2023) yang telah diadakan di Hotel Tenara, Bangi, Selangor. Anugerah tersebut, telah diwujudkan bagi memperingati Profesor William Johnson oleh ahli Jawatan Kuasa Pepandu AMPT berserta rakan-rakan beliau di UMIST (University of Manchester Institute of Science and Technology), telah dianugerahkan sebagai penghargaan bagi pencapaian sepanjang hayat dalam Penyelidikan dan Pendidikan Pemprosesan Bahan.

Profesor Mohd Sapuan adalah penerima pertama dari Malaysia anugerah William Johnson International Gold Medal ini. Anugerah telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pepandu AMPT, Profesor Dr M.S.J. Hashmi.

 

“Saya amat teruja menerima anugerah berprestij ini. Saya telah menghadiri konferensi AMPT pada tahun 1998, yang telah diadakan di Malaysia. Ini adalah satu konferensi yang amat berprestij dan selepas 25 tahun Jawatan Kuasa Pepandu AMPT telah memilih saya sebagai pemenang bagi tahun ini. Saya sangat berbangga menjadi pemenang pertama dari Malaysia yang dianugerahkan dengan anugerah ini.” kata Profesor Mohd Sapuan.

Penerima terdahulu bagi anugerah William Johnson International Gold Medal disenaraikan seperti berikut:

1993 - William Johnson (United Kingdom)
1997 - F.W. Travis (United Kingdom)
1998 - T. Nakagawa (Japan)
1999 - J.G. Williams (United Kingdom)
2001 - J.V. Wood (United Kingdom)
2003 - L. Donrzenski (Poland)
2005. - S.K. Ghosh (United Kingdom)
2006 - M.S.J. Hashmi (Ireland)
2007 - Y.T. Im (South Korea)
2008 - B.S. Yilbas (Saudi Arabia)
2009 - Mustafizur Rahman (Singapore)
2010 - Jean-Loupe Chenot (France)
2011 - Temel Kotil (Turkiye)
2012 - Kiet Tieu (Australia)
2013 - Stephan Reid (United Kingdom), Hong Hocheng (Taiwan), Zone-Ching Lin (Taiwan)
2014 - John Monaghan (Ireland), Emin Bayraktar (France), Mohhamed Al-Sultan (Saudi Arabia)
2015 - Bernd Kieback (Germany), I.S. Jawahir (USA)
2016 - Jose Manuel Torralba (Spain)
2017 - Padmanabhan Ragupathy (India), Krisnamurthy Ragukandhan (India)
2018 - Dermot Brabazon (Ireland), Faruk Yiggit (Turkiye)
2022 - Massimo Pellizzari (Italy)

Tarikh Input: 14/09/2023 | Kemaskini: 14/09/2023 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEbXAq~