PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA FAKULTI KEJURUTERAAN | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA FAKULTI KEJURUTERAAN

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA FAKULTI KEJURUTERAAN

Serdang, 16 Jun 2022 - Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program Gotong-royong Perdana di peringkat fakulti. Program ini buat julung kalinya setelah dua tahun, melibatkan penyertaan hampir 250 orang staf termasuk pelajar pra- siswazah dan siswazah. Aktiviti yang dimulakan seawal 8.00 pagi ini dirasmikan oleh Profesor Ir. Dr Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin, Dekan Fakulti Kejuruteraan, UPM disusuli dengan sesi taklimat oleh Encik Mohd Aswad bin Abdul Rahman, Ketua Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan (UPP). Program gotong-royong pada kali ini memfokuskan kepada persekitaran kompleks kejuruteraan iaitu di sekitar jalan utama serta melibatkan kawasan hijau di sekeliling PTJ. Peserta secara berkumpulan diagihkan mengikut kawasan serta diberikan peralatan bersesuaian. Akitiviti yang sangat bermanfaat kepada semua ahli fakulti ini adalah sebagai sokongan kepada usaha Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA FK UPM dalam membudayakan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Sebagaimana yang kita sedia maklum, UPM merupakan peneraju kelestarian hijau dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia, maka melalui aktiviti ini juga secara tidak langsung turut menyumbang kepada amalan kelestarian hijau.  Sepanjang program ini berjalan, peserta telah bekerjasama mencantas, memotong serta membersihkan tumbuh-tumbuhan liar, ranting dan dahan yang mati serta membantu melupuskan sisa-sisa pepejal yang tidak diperlukan. Persekitaran bangunan makmal juga dibersihkan dan tempat yang berisiko berlakunya pembiakan nyamuk turut dihapuskan. Aktiviti pada kali ini bukan sahaja mengeratkan hubungan di kalangan staf malah hubungan di antara staf dan pelajar. Program ini juga memberi impak positif kepada peserta kerana selain menjadi aktiviti fizikal yang menyihatkan tubuh badan, malah mereka turut diberi pendedahan untuk lebih menghargai keindahan serta kepentingan memelihara alam sekitar agar sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

 

Tahniah dan terima kasih di atas penglibatan semua staf dan pelajar yang menyertai program gotong-royong yang berakhir pada jam 4.00 petang pada hari yang sama ini.


Disertakan link gambar | https://bit.ly/3R54STl 










Tarikh Input: 04/07/2022 | Kemaskini: 04/07/2022 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDcTA1~