Program Penilaian Hijau Makmal Kejuruteraan Fasa 1 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Program Penilaian Hijau Makmal Kejuruteraan Fasa 1

Program Penilaian Hijau Makmal Kejuruteraan Fasa 1

Jawatankuasa Penjimatan Utiliti Fakulti Kejuruteraan akan menganjurkan Program Penilaian Hijau Makmal Kejuruteraan Fasa 1 sebagai salah satu inisiatif memupuk budaya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di kalangan warga Fakulti Kejuruteraan. Hebahan awal berkenaan program ini adalah dalam pembentangan slide semasa taklimat Ybhg. Dato’ Dekan pada 17 Julai 2017 yang lalu. Program ini juga telah mendapat kelulusan Mesyuarat Pengurusan Fakulti ke-515 (Khas).

Tempoh penilaian bermula dari bulan Ogos 2017 sehingga Disember 2017. Bagi merealisasikan program ini, satu taklimat khas kepada pegawai makmal berkaitan akan diadakan pada:

Tarikh: 28 Julai 2017 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat : Galeri 2

Tarikh Input: 31/07/2017 | Kemaskini: 31/07/2017 | khairulazman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
C1575751146