KUANTAN, 16 Ogos - Program Master Kejuruteraan Alam Sekitar (MEE) dan Master Pengurusan Teknologi Alam Sekitar (METM) telah menganjurkan satu lawatan industri ke Kuantan, Pahang pada 15-16 Ogos 2019. Turut dijemput menyertai lawatan ini adalah pelajar dari program Master Keselamatan Proses dan Pencegahan Kehilangan (MPSLP). Seramai 15 orang pelajar, 8 orang pensyarah dan seorang penolong jurutera telah turut serta dalam lawatan. Pelajar dan staf dibawa melawat Pusat Penyelidikan Solar UiTM di Gambang yang menempatkan loji solar fotovoltan berkapasiti 50MW dan kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Material Plant di Gebeng. Pelajar juga diberi peluang mencanting batik di Natural Batik Village, Balok dan dibawa melawat ke tapak penetasan telur penyu, Rimbun Dahan Turtle Hatchery di Pantai Chendor seterusnya berpeluang melepaskan anak penyu agar ke laut.
Tarikh Input: 19/08/2019 | Kemaskini: 19/08/2019 | amirahsyahira
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430