Batu Pahat, 20 Jun 2025 – Dua pasukan dari Kelab Robotik UPM, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat pencapaian membanggakan apabila kedua-dua pasukan mara ke peringkat suku akhir dan memenangi Anugerah Teknologi Terbaik dalam Pertandingan ROBOCON 2025 bertemakan "Robot Basketball". Pertandingan ini berlangsung dari 16 hingga 20 Jun 2025 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Sebanyak 26 universiti dari seluruh Malaysia menyertai pertandingan berprestij ini. UPM berjaya menyerlah menerusi inovasi teknologi robot yang cemerlang, sekali gus melayakkan pasukan membawa pulang RM2,000 dan pingat.

Pasukan Robocon UPM dianggotai oleh 28 pelajar tahun pertama hingga keempat daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Komputer & Komunikasi serta Kejuruteraan Biologi & Pertanian, Fakulti Kejuruteraan UPM.
Pasukan ini diketuai oleh Ts. Dr. Nor Mohd Haziq dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, dengan bimbingan panel penasihat: Prof. Dr. Wan Zuha Wan Hasan, Prof. Madya Ir. Dr. Norhafiz Azis, Ir. Dr. Hafiz Rashidi dan En. Ahmad Jasree Jasmi.

Setinggi terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Bin Abdu selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM yang menaungi program ini, ahli pengurusan Fakulti Kejuruteraaan dan semua yang terlibat secara signifikan dengan pembikinan Robot serta penyertaan dalam Pertandingan ROBOCON 2025 ini.
Kejayaan ini membuktikan kecemerlangan UPM dalam bidang teknologi dan kejuruteraan serta komitmen dalam melahirkan graduan berdaya saing.
Tarikh Input: 20/06/2025 | Kemaskini: 20/06/2025 | puteriamirah

Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430