ROBOCON FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM RAIH ANUGERAH KHAS PASUKAN TERBAIK
Setinggi Tahniah diucapkan kepada pasukan ROBOCON UPM di atas kejayaan
menerima Anugerah Khas Pasukan Terbaik dalam Pertandingan ROBOCON 2023 pada 10-13 Jun 2023 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM).
Pasukan Robocon UPM terdiri dari 28 pelajar tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun pengajian dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan UPM.
Pasukan Robocon kali ini diketuai oleh Dr Hafiz Rashidi dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan telah mendapat sokongan padu dari panel penasihat yang terdiri daripada Prof Dr. Wan Zuha Wan Hasan, Dr Norhafiz Azis dan Dr. Nor Mohd Haziq Norsahperi dari jabatan yang sama.
Semoga Fakulti Kejuruteraan, UPM kekal cemerlang di masa akan datang!
Tarikh Input: 15/06/2023 | Kemaskini: 15/06/2023 | puteriamirah
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430