SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH EN. ISHAK BIN MOHD YUSOF | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH EN. ISHAK BIN MOHD YUSOF

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH EN. ISHAK BIN MOHD YUSOF

Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu. 

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman;
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
 
Fakulti Kejuruteraan (FK) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Ishak Mohd Yusof  di atas khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Fakulti Kejuruteraan yang di cintai ini. En. Ishak Mohd Yusof BERSARA (WAJIB) MULAI 4 OGOS 2021.
 
"Bismillahir Rahmaanir Rahiim,

Ya Allah Ya Rahman, Ya Aziz , Ya Ghaffar
Pada hari ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan rahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada En Ishak Mohd Yusof yang akan bersara dan menamatkan perkhidmatannya sebagai Penolong Jurutera. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan juga ketenangan.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram
Jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang dirahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diberkati. Janganlah Engkau jadikan perpisahan ini sebagai pemutus silaturrahim antara kami. Sebaliknya Engkau kekalkanlah ukhuwah yang telah sekian lama terjalin antara kami.

Ameen Ya Rabb Alamin."

 

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | khairulazman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXERGAH~