SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH PROF. MADYA DR. HUSSAIN HAMID | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH PROF. MADYA DR. HUSSAIN HAMID

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH PROF. MADYA DR. HUSSAIN HAMID

Panjang sungguh jambatan Pulau Pinang,
Sempat berhenti di Tanjung Uban,
Jasa tuan tetap dikenang,
Semoga diberkati diredhai Tuhan.
 
Fakulti Kejuruteraan (FK) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Hussain Hamid di atas khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Fakulti Kejuruteraan yang di cintai ini. Prof. Madya Dr. Hussain Hamid BERSARA MULAI 12 Oktober 2021.
 
"Bismillahir Rahmaanir Rahiim,

Ya Allah Ya Rahman, Ya Aziz , Ya Ghaffar
Pada hari ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan rahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada  Prof. Madya Dr. Hussain Hamid yang akan bersara dan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Akademik di Fakulti Kejuruteraan UPM. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan juga ketenangan. 

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram
Jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang dirahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diberkati. Janganlah Engkau jadikan perpisahan ini sebagai pemutus silaturrahim antara kami. Sebaliknya Engkau kekalkanlah ukhuwah yang telah sekian lama terjalin antara kami. 

Ameen Ya Rabb Alamin."

Tarikh Input: 11/10/2021 | Kemaskini: 11/10/2021 | khairulazman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEUOAh~