SERDANG, 16 Mac - Pada 3 Mac hingga 12 Mac 2026, Fakulti Kejuruteraan melalui Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa) telah menganjurkan beberapa Siri Perkongsian Akademik bersama pelajar dari Guilin University of Technology (GUET), China dan Shanghai Agricultural University, China.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan akademik serta perkongsian kepakaran oleh barisan pensyarah Fakulti Kejuruteraan dalam pelbagai bidang penyelidikan dan teknologi terkini.

Sepanjang siri ini berlangsung, beberapa sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh pensyarah Fakulti Kejuruteraan seperti berikut:
Program seperti ini diharapkan dapat membuka ruang kolaborasi akademik antarabangsa yang lebih luas, di samping memberi pendedahan kepada pelajar antarabangsa mengenai kepakaran penyelidikan, kemudahan makmal serta peluang pengajian yang ditawarkan di Fakulti Kejuruteraan.

Tarikh Input: 16/03/2026 | Kemaskini: 16/03/2026 | nurulnadira

Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430