Sistem ADAS Oleh Pelajar UPM | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Sistem ADAS oleh pelajar UPM

Sistem ADAS oleh pelajar UPM

Tahun ini Shell Malaysia sekali lagi menganjurkan pertandingan #ShellSelamatSampai Varsity Challenge dan pada tahun ini penyertaan dibuka kepada semua institusi pengajian tinggi... Sebanyak 70 penyertaan dicatatkan apabila ianya dibuka pada bulan April. Peserta diminta menyediakan cadangan dan dikemukakan dalam bentuk video pendek berdurasi 3 minit. Sesi tapisan telah dibuat dan sebanyak 20 pasukan telah terpilih untuk meneruskan cabaran bermula 24 Jun 2019 hingga 16 Ogos 2019.

5 pasukan dari UPM telah terpilih dikalangan 20 pasukan tersebut. Setiap kumpulan diberikan RM1000 untuk membina projek yang dicadangkan. dan menghantar laporan akhir dalam bentuk video dan dokumen. Penghakiman kedua menyenaraikan 5 projek terbaik dan 2 darinya adalah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Pembentangan dan pertandingan akhir telah diadakan pada 14-15 September ddalam
mydigitalmaker Fair 2019 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre · Kuala Lumpur, Malaysia. Pasukan PROSS UPM yang dibimbing oleh Dr Hafiz Rashidi Ramli telah terpilih untuk menduduki tempat ketiga manakala ELRITZ yang dibimbing oleh Dr Samsul Bahari terpilih menduduki tempat keempat dan dalam masa sama terpilih sebagai projek yang paling diminati oleh pengunjung.

Sempena perlancaran Shell Eco-Marathon Access Malaysia 2019 di Wisma Shell Cyberjaya, pasukan ELRITZ yang diwakili oleh Shahris B Suhaimi, Muhammad Syamil Aizat B Ahmad Zaidi, Norshalisa Alis Bt Zuremi, Nur Aina Nazihah Bt Mohamad dan Nuraina Masturah Bt Mat Zelan telah diminta untuk mempamerkan produk mereka yang dinamakan ADAS (Anti-Drowsiness Alert System).

 

Maklumat lanjut dan gambar-gambar penyertaan ELRITZ boleh dilihat di IG mereka team_elritz manakala pasukan Pross UPM di IG pross_upm.

Tarikh Input: 19/11/2019 | Kemaskini: 29/01/2020 | amirahsyahira

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
C1594841454