'Smart Coolent Temperature Sensor' Rangkul Tempat Ke Dua Dalam Pertandingan IDEA | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » 'Smart Coolent Temperature Sensor' rangkul tempat ke dua dalam Pertandingan IDEA

'Smart Coolent Temperature Sensor' rangkul tempat ke dua dalam Pertandingan IDEA


Smart Coolent Temperature Sensor rangkul tempat ke dua dalam IDEAS2LIFE 2015

Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) menang tempat ke dua dalam pertandingan IDEAS2LIFE 2015. Projek penyertaan pelajar dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa itu bertajuk Smart Coolent Temperature Sensor turut bertanding dengan lebih kurang sepuluh Universiti Tempatan seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), UNIMAS, Kolej TAR serta UniKL.


Pelajar tersebut Husam Yahya Imran merupakan pelajar bidang Master Inovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan bersama penyelianya Dr. Dayang Laila Hj Abd Majid dan Dr. Noorfaizal Yidris membawa pulang hadiah wang tunai RM 300.00 berserta sijil, plak dan hamper.

Pertandingan selama dua hari yang bermula pada 14-15 September 2015 itu adalah anjuran Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute dan berlangsung di UniKL MSI, Kulim, Kedah. 


Semua peserta bergambar selepas menerima anugerah


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdEAi~