Tahniah Kepada Pemenang Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2013! | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Tahniah kepada pemenang Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2013!

Tahniah kepada pemenang Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2013!


Tiga penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan iaitu Prof. Dr. Luqman Chuah Abdullah daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Prof. Madya Dr. M. Iqbal Saripan daripada Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi dan Prof. Dr. Mohd Ali Hassan daripada Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan telah diberi pengiktirafan sebagai Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2013 oleh Akademi Sains Malaysia (ASM).

Majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada majlis makan malam pada 17 Disember yang lalu. Majlis tersebut yang berlangsung di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Mentri Malaysia.

Selain tiga penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan terdapat juga beberapa penyelidik lain daripada Universiti Putra Malaysia yang menerima anugerah tersebut dan mereka adalah di antara 35 orang penyelidik lain dalam negara.


Prof. Madya Dr. Iqbal menerima anugerah daripada Presiden Akademi Sains Malaysia

 


Prof. Dr. Luqman Chuah Abdullah menerima anugerah daripada Presiden Akademi Sains Malaysia


Tarikh Input: | Kemaskini: | farahidayu

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
B1566332912