TAHNIAH PROF. IR. DR. YUS ANIZA YUSOF ATAS KEJAYAAN MENJUARAI SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2023 (SRIE 2023) | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » TAHNIAH PROF. IR. DR. YUS ANIZA YUSOF ATAS KEJAYAAN MENJUARAI SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2023 (SRIE 2023)

TAHNIAH PROF. IR. DR. YUS ANIZA YUSOF ATAS KEJAYAAN MENJUARAI SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2023 (SRIE 2023)

Projek Moringa Chewable Tablets- Sweets and Yet Nutritious!

Projek Moringa Chewable Tablets- Sweets and Yet Nutritious! yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr.
Yus Aniza Yusof yang merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Makanan, Fakulti
Kejuruteraan dan Timbalan Pengarah, Institut Penyelidikan Produk Halal telah memenangi
Tempat Pertama Selangor R&D and Innovation Expo 2023 (SRIE 2023) Kategori Institusi
Pengajian Tinggi dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000. Ekspo ini diadakan
bersempena dengan Selangor International Summit 2023 (SIBS 2023) yang berlangsung dari
19 -22 Oktober 2023 di KL Convention Centre, Kuala Lumpur.


Projek ini merupakan projek syarikat pemula (start-up), NutraMagis Sdn. Bhd. di bawah
bimbingan Program InnoHub UPM, Putra Science Park. Syarikat ini diterajui bersama Prof. Ir.
Dr. Yus Aniza Yusof, Syaiful Hizam Kamaruddin (Pengarah Urusan), dan Norwani Ahmat
(Pengarah Jaringan).


Produk Moringa Chewable Tablets telah dihasilkan dengan menggunakan serbuk daun
Moringa oleifera atau dikalangan masyarakat di Malaysia dikenali sebagai daun kelor, daun
lemunggai, atau gemunggai. Daun ini telah dikenali sebagai superfood dan biasanya
dipasarkan di dalam bentuk serbuk teh, tablet, dan juga kapsul. Produk ini yang diberi nama
morinGO TM merupakan tablet mudah kunyah yang sedap, senang larut dan mudah menyerap
didalam badan. Ianya sesuai dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan air, sesuai bagi
pengguna yang mengalami masalah untuk menelan, dan senang dibawa kemana sahaja
kerana disediakan dalam pek-pek yang kecil. morinGO TM boleh dijadikan alternatif kepada
gula-gula kerana menggunakan gula rendah kalori yang mengandungi B6, B12 yang tinggi
dan dapat membantu pencernaan serta dapat menukarkan makanan menjadi tenaga. Di
samping itu, morinGO TM mengandungi sumber kalsium dan magnesium yang merupakan
mineral yang dapat menyokong kesihatan tulang, fungsi otot dan saraf. Manakala protein
leusin dan lisin dapat membantu pertumbuhan dan membaiki tulang serta otot. morinGO TM
juga mengandungi mineral mikro dan makro, asid lemak, fenolik dan asid amino serta sesuai
untuk dimakan oleh dewasa mahupun kanak-kanak.

Tarikh Input: 27/10/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcWAo~