TAHNIAH PROF. IR. TS. DR. MOHAMED THARIQ BIN HAJI HAMEED SULTAN ATAS LANTIKAN SEBAGAI AHLI KUMPULAN PEMIKIR PERKAMPUNGAN BUKU ASEAN | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » TAHNIAH PROF. IR. TS. DR. MOHAMED THARIQ BIN HAJI HAMEED SULTAN ATAS LANTIKAN SEBAGAI AHLI KUMPULAN PEMIKIR PERKAMPUNGAN BUKU ASEAN

TAHNIAH PROF. IR. TS. DR. MOHAMED THARIQ BIN HAJI HAMEED SULTAN ATAS LANTIKAN SEBAGAI AHLI KUMPULAN PEMIKIR PERKAMPUNGAN BUKU ASEAN

Tahniah diucapkan kepada Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan atas lantikan sebagai Ahli Kumpulan Pemikir Perkampungan Buku Asean yang bertempat di Dewan Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idiris, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan bersempena Anugerah Buku Negara 2023. Pada tahun 2022, Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan juga berjaya merangkul kemenangan dalam Kategori Perdana: Kepimpinan Penerbit Pengajian Tinggi.

Anugerah Buku Negara merupakan majlis berprestij yang dianjurkan untuk mengiktiraf dan menghargai warga kerja buku di sebalik tabir industri penerbitan Malaysia. Majlis tersebut turut dilaksanakan sebagai salah satu usaha meningkatkan mutu penerbitan judul dan karya baharu serta menyemai budaya menulis dan membaca masyarakat. Pada tahun ini, majlis anugerah tersebut telah menerima penyertaan sebanyak 500 naskhah buku daripada lebih 50 orang penerbit di mana 43 orang pemenang berjaya merangkul kemenangan. Sempena majlis anugerah tersebut, seramai 11 orang penerima anugerah utama telah berjaya disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semoga kejayaan yang diperoleh dapat menggalakkan lagi penglibatan warga UPM serta mengharumkan nama UPM.

Tarikh Input: 27/12/2023 | Kemaskini: 27/12/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcTAn~