TAHNIAH PROF. TS. DR. SURAYA ABDUL RASHID ATAS KEMENANGAN DI CLIMATE IMPACT INNOVATIONS CHALLENGE (CIIC) 2023 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » TAHNIAH PROF. TS. DR. SURAYA ABDUL RASHID ATAS KEMENANGAN DI CLIMATE IMPACT INNOVATIONS CHALLENGE (CIIC) 2023

TAHNIAH PROF. TS. DR. SURAYA ABDUL RASHID ATAS KEMENANGAN DI CLIMATE IMPACT INNOVATIONS CHALLENGE (CIIC) 2023

SERDANG, 2 September – Tahniah diucapkan kepada Profesor Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid atas kejayaan beliau memenangi “The Winner in The Food & Agriculture Track” dalam Climate Impact Innovations Challenge (CIIC) 2023 bersempena ASEAN Business and Investment Summit 2023 pada 2 September 2023 di Ritz-Carlton Pacific Place, Jakarta, Indonesia.

CIIC 2023 yang dilancarkan pada 1 Mac lepas telah menjadi penggerak dalam memupuk inovasi dan mempercepatkan pembangunan penyelesaian mampan. Program ini telah menerima lebih 330 pemohon merentasi empat trek: Tenaga Boleh Diperbaharui, Makanan & Pertanian, Mobiliti dan Lautan. Inovasi dan idea ini penting dalam memupuk impak positif, bukan sahaja di Indonesia tetapi juga pada skala serantau dan antarabangsa yang lebih luas.

12 finalis merentasi 4 trek berpeluang untuk membentangkan penyelesaian inovatif mereka kepada panel pelabur dan pakar terkemuka. Pemenang akan memenangi sejumlah IDR 10 bilion dalam bentuk hadiah dan faedah eksklusif dan dua finalis terpilih yang masing-masing memperoleh pelaburan AS$70,000 daripada Rumah Group dan Telkomsel Mitra Inovasi (TMI).

Syarikat Qarbotech yang diterajui bersama oleh Profesor Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid dan Chor Chee Hoe (Ketua Pegawai Ekseutif Qarbotech) telah berjaya menjadi salah satu daripada empat pemenang CIIC 2023 bagi trek Makanan & Pertanian. Produk Qarbotech adalah cecair biokompatibel untuk meningkatkan pertumbuhan tumbuhan dan menambah baik hasil tanaman.

Semoga kejayaan yang diperoleh dapat menggalakkan lagi penglibatan warga UPM serta mengharumkan nama UPM dalam sektor pertanian di persada antarabangsa.

Pautan Qarbotech: https://www.qarbotech.my/

Tarikh Input: 05/09/2023 | Kemaskini: 05/09/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcCAj~