TAHNIAH PROFESOR IR. DR. B.T HANG TUAH BIN BAHARUDIN ATAS KEJAYAAN MEMPEROLEH RM35 JUTA BAGI PEMBINAAN PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI PERTANIAN | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » TAHNIAH PROFESOR IR. DR. B.T HANG TUAH BIN BAHARUDIN ATAS KEJAYAAN MEMPEROLEH RM35 JUTA BAGI PEMBINAAN PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI PERTANIAN

TAHNIAH PROFESOR IR. DR. B.T HANG TUAH BIN BAHARUDIN ATAS KEJAYAAN MEMPEROLEH RM35 JUTA BAGI PEMBINAAN PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI PERTANIAN

SERDANG, 24 Julai – Tahniah diucapkan kepada Profesor Ir. Dr. B.T Hang Tuah Bin Baharudin atas kejayaan beliau dalam mengetuai Pasukan Khas Keterjaminan Makanan Universiti Putra Malaysia dan memperolehi RM35 juta bagi pembinaan Pusat Kecemerlangan Industri Pertanian di bawah Pusat Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Usahawan Tani (IPR-INTAN). IPR-INTAN telah dilancarkan di bawah Kementerian Ekonomi untuk meningkatkan pendapatan rakyat melalui teknologi pertanian.

Program ini telah dilancarkan bagi membina infrastruktur pertanian moden iaitu sebanyak RM35 juta serta menyasarkan peserta yang terdiri daripada 40 peratus graduan universiti, 60 peratus terdiri daripada peserta IPR dan E-Kasih di bawah kementerian itu. Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata, melalui inisiatif itu bukan sahaja melahirkan lebih banyak usahawan tani yang berkemampuan, tetapi juga memperbanyakkan penghasilan makanan dalam negara terutamanya dalam sektor pertanian dan akuakultur.

Semoga kejayaan yang diperoleh dapat menggalakkan lagi penglibatan warga UPM dalam mengharumkan nama UPM di Malaysia.

 

Tarikh Input: 02/08/2023 | Kemaskini: 02/08/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcNAT~