TAHNIAH SIMFONI SUTERA DALAM PERTANDINGAN KOIR MERDEKA INTER-PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA UPM 2023 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » TAHNIAH SIMFONI SUTERA DALAM PERTANDINGAN KOIR MERDEKA INTER-PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA UPM 2023

TAHNIAH SIMFONI SUTERA DALAM PERTANDINGAN KOIR MERDEKA INTER-PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA UPM 2023

TAHNIAH SIMFONI SUTERA DALAM PERTANDINGAN KOIR MERDEKA INTER-PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA UPM 2023

Serdang, 24 Ogos – Bersempena dengan Program Semarak Merdeka UPM 2023, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menganjurkan Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ di Panggung Percubaan pada 24 Ogos 2023. Dalam pertandingan tersebut, kumpulan Simfoni Sutera yang dianggotai oleh gabungan tiga Pusat Tanggungjawab iaitu Fakulti Kejuruteraan, Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) serta Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) telah mempersembahkan sebuah lagu bertajuk “Untukmu Malaysia” dan berjaya mendapat tempat ke-4 daripada keseluruhan 20 pasukan yang bertanding serta membawa pulang hadiah berjumlah RM200.00. Tahniah diucapkan buat Fakulti Kejuruteraan dan semua pasukan yang terlibat bagi menyemarakkan serta memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga kampus UPM dan masyarakat sekitar UPM.

 

 

Tarikh Input: 28/08/2023 | Kemaskini: 28/08/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEcDAg~